Buat semua peminat bola sepak tanah air, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan sengit antara Malaysia vs Nepal secara langsung! Perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM, selain boleh ditonton secara percuma melalui platform penstriman RTMKLIK.
Aksi kempen Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 ini bakal berlangsung pada 25 Mac 2025, hari Selasa, dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Ini merupakan perlawanan pembukaan buat pasukan bola sepak kebangsaan dalam kempen kelayakan kali ini, di mana skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.

Tonton Live Streaming Malaysia vs Nepal Di RTM Klik
Bagi anda yang tidak berpeluang ke stadium atau menonton di kaca tv, jangan risau kerana perlawanan ini boleh ditonton secara live streaming secara percuma melalui RTMKLIK. Anda hanya perlu melayari laman web rasmi https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau download aplikasi RTMKLIK.
Dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh menikmati siaran langsung perlawanan Malaysia vs Nepal secara percuma, secara sah dan pastinya tanpa sebarang caj tambahan.
Dengan kemudahan siaran langsung ini, anda boleh menyaksikan perlawanan di mana-mana sahaja, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika dalam perjalanan. Jangan lupa untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan kita dalam usaha melayakkan diri ke Piala Asia 2027.
1 thought on “Live Streaming Malaysia vs Nepal Dibawakan Menerusi RTM Klik Secara Percuma”