Liga Super : Siaran Langsung JDT vs Perak

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
jdt vs perak liga super

Aksi JDT vs Perak dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan minggu ini.

Perlawanan penting ini akan berlangsung pada 24 Februari 2025 (Isnin) bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, tepat pada pukul 8.15 malam.

Peminat boleh menyaksikan siaran langsung JDT vs Perak menerusi Astro Arena Bola 803 atau melalui live streaming di Sooka.

Ianya penting, kerana iika JDT berjaya meraih kemenangan malam malam tersebut, mereka akan dinobatkan sebagai juara Liga Super Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut.

Prestasi Semasa JDT dan Perak Dalam Liga Super 2024/25

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di puncak liga dengan 55 mata setelah mencatat 18 kemenangan dan 1 keputusan seri.

BACA JUGA : Kedudukan Carta Liga Super Terkini

Mereka masih belum tewas sepanjang musim ini dan hanya memerlukan 3 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Sementara itu, Perak berada di kedudukan ke-6 dalam carta liga dengan 23 mata hasil daripada 6 kemenangan, 5 seri, dan 8 kekalahan. Mereka akan berusaha keras untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan sukar ini.

Sekiranya JDT menang dalam perlawanan ini, mereka akan mengumpul 58 mata dan tidak boleh dipintas oleh pasukan lain, sekaligus menjadikan mereka juara Liga Super Malaysia 2024/2025.

Rekod Pertemuan JDT vs Perak Musim Ini

Untuk musim Liga Super 2024/2025, JDT vs Perak hanya bertemu sekali sahaja sebelum ini, iaitu pada Oktober tahun lepas di Stadium Perak, Ipoh. Dalam perlawanan tersebut, JDT menunjukkan kehebatan mereka dengan membelasah Perak 5-0.

Berdasarkan prestasi semasa dan kelebihan bermain di laman sendiri, JDT dijangka mampu menewaskan Perak sekali lagi.

Sekiranya mereka menang malam ini, sambutan kejuaraan dan bunga api dijangka bakal memeriahkan suasana di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, jika JDT hanya seri atau tewas, mereka perlu menunggu perlawanan seterusnya untuk mengesahkan kejuaraan liga.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung JDT vs Perak dan menyokong pasukan kegemaran anda dalam perlawanan penuh aksi ini!

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (2) – (0) Perak

  • Jese Rodriguez 45′
  • Jordge Obregon 64′ (P)

Masa : 8.15 PM
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like

Leave a Comment