Lee Zii Jia Kini Menjadi Pemain No.4 Dunia

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
lee zii jia dikedudukan keempat dunia

Menerusi kemaskini terbaru daripada pihak Badminton World Federation (BWF), pemain no.1 negara, Lee Zii Jia kini berada di kedudukan ke-4 dalm rangking dunia badminton.

Kemaskini terbaru ini telah dibuat di laman web BWF di https://bwfbadminton.com/rankings/ bagi minggu ke-35 iaitu pada Selasa, 27 Ogos 2024.

Pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki di Olimpik Paris itu telah melonjak 2 anak tangga berbanding tempat keenam pada minggu lalu.

Ini adalah kedudukan terbaik beliau yang pernah dicapai untuk tahun 2024. Meskipun begitu, masih banyak lagi kejohanan yang bakal mendatang dan pastinya perubahan itu juga akan berlaku.

Dalam masa yang sama, antara pemain yang berada di top 10 ranking BWF adalah pemain regu lelaki negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang kini berada di kedudukan ketiga.

Pearly Tan/Thinaah Muralitharan juga naik 1 anak tangga berbanding minggu lalu dan kini berad di kedudukan ke-9 dunia untuk kategori regu wanita.

BACA JUGA : Senarai Kedudukan Rangking Dunia BWF 2024

Pasangan regu campuran, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei masih tetap berada di kedudukan ke-9 dunia sejak awal tahun lagi.

You Might Also Like

Leave a Comment