Satu-satunya perlawanan Liga Super akan berlangsung pada hari ini iaitu melibatkan derby Lembah Klang dimana mempertemukan KL City vs Selangor.
Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 14 Julai 2024, iaitu hari Ahad bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.
Perlawanan ini juga akan disiarkan di kaca tv secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola (803) atau boleh juga live streaming di platform Sooka pada waktu yang sama.

Menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini dimana mempertemukan dua pasukan yang bertapa di Lembah Klang. KL City FC di Kuala Lumpur dan Selangor di Petaling Jaya.
Selangor kini masih masih berada di belakang JDT untuk tempat kedua selepas mengharungi empat perlawanan dan mengumpul 9 mata.
Berbeza dengan KL City yang kurang satu perlawanan dimana mereka hanya berjaya meraih 4 mata daripada 3 perlawanan. Sudah meraih 1 menang, 1 seri dan 1 tewas.
Masing-masing mempunyai peluang untuk mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan ini. Tetapi kelebihan pastinya ada untuk tuan rumah.
Akan tetapi, Selangor juga berada dalam momentum yang baik. Dalam saingan liga, mereka masih belum tewas dalam perlawanan sebenar. Selain itu, mereka juga antara semi finalist untuk Piala FA.
Perkara tersebut, pastinya menjadi dorongan yang baik untuk setiap pasukan bagi memberikan yang terbaik sehingga mampu meriah kemenangan meskipun bertandang ke tempat lawan.
Keputusan Perlawanan KL City vs Selangor
Berikut merupakan jadual perlawanan antara KL City vs Selangor dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 untuk minggu kelima (LS5). Keputusan untuk perlawanan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
14 Julai 2024 (Ahad)
FT : KL City (1) – (0) Selangor
- Jovan Motika 63′
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Bolasepak KL
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka