Siaran Langsung KL City vs JDT Liga Super 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
kl city vs jdt

Saingan Liga Super musim 2024/2025 diteruskan lagi dan kali ini antara perlawanan berlangsung mempertemukan KL City vs JDT.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 25 Mei 2024, iaitu hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang.

Kuala Lumpur City FC sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan seperti yang mereka lakukan pada minggu pertama (LS1) yang lalu ketika bertemu Kuching City.

Sebenarnya, KL City dan Johor Darul Ta’zim masing-masing baru sahaja beraksi sekali sejak liga bermula. LS2 giliran KL City berehat. Manakala JDT pada minggu pertama, perlawanan terpaksa dibatalkan diberikan kemenangan percuma.

Meskipun begitu, masing-masing menerima nasib yang berbeza pada perlawanan pertama. KL City hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Kuching City. Manakal JDT menang 3-1 terhadap Negeri Sembilan.

Pertemuan KL City vs JDT pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini. Masing-masing mempunyai bintang dalam skuad yang menjadi antara pemain penting. Masing-masing juga pastinya inginkan kemenangan.

Jika dilihat dari sudut tuan rumah, pastinya berpihak kepada KL City. Bermain di tempat sendiri dan di halaman sendiri. Tetapi rekod JDT setakat ini sangat sukar dipecahkan untuk mana-mana pasukan. Masih belum kalah.

Siaran Langsung KL City vs JDT Liga Super 2024 (Live Streaming)

Untuk yang berkesempatan, jangan lupa beli tiket sekarang dan datang ke stadium. Manakala bagi yang tidak sempat, anda masih boleh saksikan perlawanan ini di kaca tv.

Perlawanan KL City vs JDT akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tonton live streaming, boleh menggunakan platform RTM Klik secara percuma.

Jadual & Keputusan

Ini merupakan jadual pertemuan KL City vs JDT bagi saingan Liga Super 2024/2025 minggu ketiga (LS3). Manakala keputusan perlawanan akan diumumkan sejurus selepas tamat perlawanan.

25 Mei 2024 (Sabtu)

FT : KL City (1) – (5) JDT

  • Fernando Forestieri 43′, 61′
  • Paulo Josue 45+8′ (P)
  • Juan Muniz 45+5′, 71′
  • Syahmi Safari 88′

Masa : 5.30 pm
Venue : Stadium Bolasepak KL
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

You Might Also Like

Leave a Comment