Saingan Liga Super untuk minggu keenam (LS6) diteruskan lagi untuk hari kedua dan perlawanan pertama adalah mempertemukan JDT vs Terengganu.
Seperti dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 26 Julai 2024, hari Sabtu, dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam. Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi venue perlawanan ini.
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Juga tersedia secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Contents
Antara Perlawanan Tumpuan Pada Minggu Ini – JDT vs Terengganu
Ramai yang mengatakan, pertemuan JDT vs Terengganu ini persis pra-final Piala FA nanti. Ini kerana, kedua-dua pasukan ini menang untuk perlawanan timbal balik pertama.
Jadi jangkaan awal, JDT dan Terengganu lah yang akan bertemu di final nanti. Oleh itu, untuk saingan Liga Super ini, pertemuan percubaan dulu katanya. Mungkin juga gambaran pasukan mana yang mampu untuk menjulang Piala FA.
Adakah JDT mampu untuk terus mengekalkan 100% kemenangan yang dicapai setakat ini dalam semua perlawanan? Atau Terengganu mampu untuk mencipta kejutan nanti?
Jadual & Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual pertemuan antara JDT vs Terengganu pada 26 Julai 2024, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Ismail
FT : JDT (4) – (0) Terengganu
- Heberty 6′
- Bergson da Silva 32′ (P), 64′, 90+2′
Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik
