Siaran Langsung JDT vs Selangor Final Malaysia Futsal Cup 2024 [Live Streaming]

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
jdt vs selangor final malaysia futsal cup 2024

Pertemuan epik antara JDT vs Selangor di peringkat akhir Malaysia Futsal Cup 2024 kini menjadi perhatian ramai. Perlawanan final ini bakal menentukan siapa yang akan muncul sebagai juara kejohanan futsal paling berprestij (MFC) di Malaysia.

Final JDT vs Selangor dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 6 Oktober 2024, tepat jam 5.30 petang. Axiata Arena Bukit Jalil menjadi lokasi perlawanan yang penuh bersejarah ini, menawarkan suasana yang hebat untuk para peminat menyaksikan aksi berkualiti.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM melalui TV Okey dan Sukan RTM. Lebih menarik, anda juga boleh tonton live streaming secara percuma di platform RTM Klik.

Di samping perlawanan final, perlawanan penentuan tempat ketiga antara KL City FC dan Pahang Rangers terlebih dahulu diadakan pada hari yang sama iaitu pada pukul 2.00 petang di venue yang ini juga.

Pahang Rangers, yang merupakan juara bertahan 2023, akan berhadapan dengan KL City FC yang pastinya mahu mencipta kejayaan mereka sendiri.

Bagi JDT, ini adalah peluang besar untuk mereka meraih kejuaraan pertama dalam sejarah kejohanan ini. Sebagai naib juara musim lalu, JDT pasti turun dengan semangat tinggi untuk menebus kekalahan.

Selangor pula, dengan kekuatan pasukan yang seimbang, bersedia memberi saingan sengit dan berharap untuk menjulang piala tersebut untuk kali kedua.

Prestasi Cemerlang JDT vs Selangor Menuju Final

Kedua-dua pasukan, JDT dan Selangor, mempamerkan prestasi luar biasa di separuh akhir Malaysia Futsal Cup 2024.

JDT bertemu dengan KL City FC dalam perlawanan dua pusingan dan berjaya mengungguli dengan aggregat 9-2. Mereka menang 4-0 dalam perlawanan pertama dan meneruskan dominasi dengan kemenangan 5-2 pada perlawanan timbal balik kedua.

Selangor pula berjaya menewaskan Pahang Rangers dengan keputusan aggregat 9-7. Pada perlawanan pertama, Selangor menang 5-3, namun perlawanan kedua berakhir seri 4-4.

Walaupun begitu, kemenangan di perlawanan pertama cukup untuk membawa mereka ke pentas final untuk berdepan dengan team futsal Johor Darul Ta’zim.

Pada suku akhir, JDT menewaskan Sabah dengan aggregat 11-5, manakala Selangor menumpaskan Gombak TOT United dengan aggregat 12-6. Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang, memastikan tempat mereka di final.

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (3) – (2) Selangor

  • Bruno Taffy 4′
  • Syahir Iqbal 17′
  •  Aidil Shahril Rosli 25′
  • Firdaus Ambiah 27′
  • Azwann Ismail 33′

Masa : 5.30 petang
Venue : Axiata Arena
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Senarai Pemenang Malaysia Futsal Cup 2024

Juara : JDT
Naib Juara : Selangor
Tempat Ketiga – Pahang Rangers

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung JDT vs Selangor di final Malaysia Futsal Cup 2024. Saksikan nanti siapa yang akan dinobatkan sebagai juara kejohanan futsal paling berprestij ini!

You Might Also Like

Leave a Comment