Perlawanan JDT vs Pohang Steelers merupakan aksi terakhir dan juga perlawanan kelapan dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2024/2025.
Pertemuan ini bakal berlangsung pada 18 Februari 2025 (Selasa) jam 8.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Peminat boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola 803 serta live streaming menerusi platform Sooka.
Contents
Aksi JDT dan Pohang Steelers Dalam ACLE Musim 24/25
JDT akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan terakhir ‘zon timur’ bertemu Pohang Steelers. Kedua-dua pasukan kini berada dalam kelompok lapan teratas dan mempunyai peluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Setakat ini, JDT berada di kedudukan kelima dalam kumpulan dengan mengumpul 11 mata hasil daripada tiga kemenangan, dua kekalahan dan dua keputusan seri.
Sementara itu, Pohang Steelers menduduki tempat kelapan dengan 9 mata selepas mencatat tiga kemenangan dan empat kekalahan.
BACA JUGA : Kedudukan Setiap Kumpulan Dalam ‘East Zone’ ACLE 2025
Meskipun kedua-dua pasukan masih dalam kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya, mereka tidak boleh berasa selesa kerana persaingan sengit dalam kumpulan.
Sebarang kesilapan boleh menyebabkan mereka dipintas oleh pasukan lain dan tersingkir dari saingan. Oleh itu, JDT dan Pohang Steelers pasti akan menampilkan aksi terbaik untuk memastikan mereka layak ke peringkat kalah mati.
Sejarah Pertemuan JDT vs Pohang Steelers
Berdasarkan rekod pertemuan JDT vs Pohang Steelers sebelum ini, kelebihan masih berpihak kepada Pohang Steelers yang berpangkalan di Korea Selatan.
Mereka telah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dalam saingan AFC Champions League dan kedua-dua perlawanan dimenangi oleh Pohang Steelers dengan keputusan 4-1 dan 2-0.
Persoalannya, adakah Pohang Steelers akan berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih ke atas JDT dalam pertemuan kali ini?
Dengan kehadiran ribuan penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim, pastinya pasukan pelawat bakal berdepan cabaran besar, bukan hanya dari segi taktikal di atas padang tetapi juga dari segi tekanan luar padang.
Tambahan pula, semua tiket bagi perlawanan ini telah habis terjual. Ini menandakan sokongan padu daripada penyokong Harimau Selatan yang ingin menyaksikan pasukan mereka menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan keputusan positif.

Keputusan PerlawananFT
FT : JDT (5) – (2) Pohang Steelers
- Ho Jae Lee 27′ (OG)
- Oscar Arribas 37′
- Bergson da Silva 52′
- Arif Aiman 56′
- Hyeon Je Kang 80′
- Jese Rodríguez 90+7′
- Jorge Obregon 90+15′
Masa : 8.00 malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Perlawanan JDT vs Pohang Steelers dalam AFC Champions League Elite 2024/2025 bukan sahaja penting untuk menentukan kedudukan akhir kumpulan, tetapi juga sebagai penentu laluan ke pusingan kalah mati.
Dengan prestasi semasa yang seimbang dan kelebihan bermain di halaman sendiri, JDT berpeluang untuk mencipta kejutan dan meraih kemenangan pertama mereka ke atas Pohang Steelers.