Perhitungan kali kedua akan berlangsung dalam saingan Piala FA 2024 untuk timbal balik kedua mempertemukan JDT vs Malaysian University untuk pusingan suku akhir (QF-2).
Selepas seminggu bertemu pada perlawanan timbal balik pertama, kini kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 5 Julai 2024, iaitu hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Ya, perlawanan kali ini masih bermain di tempat yang sama seperti sebelumnya. Tetapi pasukan Johor Darul Ta’zim kali ini pula bermain sebagai tuan rumah dan Malaysian University sebagai pasukan pelawat.
BACA JUGA : Keputusan Penuh Piala FA 2024
Pertemuan First Leg JDT vs Malaysian University
Dalam pertemuan sebelum ini, nampaknya pemain-pemain amatur semi-pro daripada MUN tidak mampu menghalang kemaraan juara bertahan tersebut apabila tumpas dengan 5 gol tanpa balas.
Jadi kali ini, tidak boleh tidak, sekiranya Malaysian University inginkan slot ke pusingan separuh akhir, mereka perlu menjaringkan 6 gol, tanpa membiarkan pasukan mereka dibolosi walaupun dengan satu gol.
Adakah mereka mampu untuk merialisasikan impian tersebut? Untuk ketahuinya, jangan lupa saksikan siaran langsung menerusi Astro Arena Bola 2 (804) atau secara live streaming di platform Sooka.
Pasukan yang memenangi perlawnan ini akan mara ke separuh akhir bertemu antara Kedah Darul Aman atau Penang yang membuat perhitungan pada hari yang sama di belah malam.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara JDT vs Malaysian University bagi saingan second leg Piala FA 2024 di pusingan suku akhir. Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FT : JDT (8) – (0) Malaysian University (Agg: 13-0)
- Juan Muniz 20′
- Heberty 27′ (P), 30′
- Feroz Baharudin 35′
- Franciso Geraldes 60′
- Romel Morales 72′, 90+1′
- Bergson da Silva 79′
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Stadium Sultan Ibrahim
Live Streaming : Sooka