JDT vs Kedah sekali lagi akan membuat perhitungan, tetapi kali ini adalah menerusi saingan Liga Super pula. Pertembungan kali ketiga dalam tempoh kurang sebulan.
Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 9 Ogos 2024 dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam. Sekali lagi Stadium Sultan Ibrahim menjadi medan pertempuran ini.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 801 atau secara online di Astro Go. Juga tersedia di platform Sooka bagi tayangan secara live streaming.

Rekod Bersih Pertemuan Sebelumnya Untuk JDT vs Kedah
Peminat bola sepak tempatan sudah pastinya telah mengetahui, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebelum ini sebanyak dua kali dan ianya adalah menerusi saingan Piala FA.
BACA JUGA : JDT Menang Keatas Kedah Dan Layak Ke Final Piala FA
Perlawanan yang diadakan secara timbal balik tersebut, menyaksikan Johor Darul Ta’zim menang kedua-duanya, baik bermain di SSI, mahupun di tempat lawan, di Alo Setar.
Dengan kemengan tersebut juga, telah melayakkan JDT ke final Piala FA 2024/2025 untuk kali ketiga berturut-turut dan pastinya ingin mengekalkan kejuaraan tersebut kali ini.
Tapi sebelum itu, pastinya misi tanpa kalah dalam saingan liga akan diteruskan lagi. Dalam lapan perlawanan, JDT masih belum tewas. Hanya pernah seri sahaja sekali iaitu dalam perlawanan minggu ketujuh (LS7).
Adakah Kedah mampu untuk memberikan keputusan positif pada malam perlawanan nanti? Atau JDT akan terus mendominasi saingan liga sehingga ke penghujung?
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan bagi saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu kelapan (LS8) antara JDT vs Kedah yang berlangsung pada 9 Ogos 2024, hari Jumaat.
Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FT : JDT (6) – (0) Kedah
- Bergson da Silva 8′, 35′, 64′
- Feroz Baharudin 74′
- Murilo 75′
- Afiq Fazail 78′
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka