Jadual Siaran Langsung Suku Akhir EURO 2024 – Keputusan Perlawanan

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
perlawanan suku akhir euro 2024

Kini terjawab 8 pasukan yang mara ke suku akhir EURO 2024 apabila setiap pasukan tersebut berjaya menumpaskan lawan masing-masing di pusingan 16 sebelum ini. Misi memburu kejuaraan diteruskan.

Untuk peringkat kalah mati seterusnya di EURO 2024 kali ini adalah di pusingan suku akhir. Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung selama 2 hari sahaja iaitu pada 6 dan 7 Julai 2024 iaitu hari Sabtu dan Ahad (waktu Malaysia).

BACA JUGA : Jadual Penuh EURO 2024

Pasukan yang berjaya mara adalah Sepanyol, tuan rumah Jerman, Portugal, Perancis, England, Switzerland, Belanda dan Turkiye. Sepertinya akan ada dua perlawanan tumpuan dalam quaterfinal kali ini.

Untuk rekod sebelum ini. Switzerland menang ke atas juara bertahan Italy dengan jaringan 2-0. Diikuti dengan pasukan tuan rumah, Jerman yang juga menang 2 gol tanpa balas terhadap Denmark sebelum ini.

England menang ketika berdepan Slovakia dengan keputusan 2-1. Sepanyol berjaya menewaskan Georgia 4-1. Perancis hanya memerlukan 1 gol sahaja untuk ke suku akhir apabila menang ke atas Belgium.

Pertemuan Portugal vs Slovenia satu-satunya perlawanan yang berkesudahan sehingga ke penentuan sepakan penalti apabila kedua-duanya terikat 0-0 sepanjang perlawanan. Portugal menang 3-0 dalam sepak penalti tersebut.

Romania tumpas kepada Belanda dengan keputusan 0-3. Manakala juara kumpulan D, Austria tidak berjaya meneruskan magis mereka dalam EURO kali ini apabila kalah kepada Turkiye dengan jaringan 1-2.

Siaran Langsung Suku Akhir EURO 2024 (Live Streaming)

Seperti dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya dimana kesemua 4 perlawanan dalam pusingan suku akhir ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro di SPOTV Stadi (808) atau secara online di Astro Go.

BACA JUGA : Tonton Live Streaming EURO 2024 Di SPOTVNOW

Manakala untuk tontonan secara live streaming, boleh menggunakan platform Sooka. Anda boleh strim sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile dengan melanggan pas EU berharga RM38.90.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Suku Akhir EURO 2024

Ini merupakan jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan yang berlangsung dalam pusingan suku akhir EURO 2024. Kesemua tarikh dan masa adalah mengikut waktu Malaysia.

6 Julai 2024 (Sabtu)

AET : Sepanyol (2) – (1) Jerman

  • Dani Olmo 51′
  • Florian Wirtz 89′
  • Mikel Merino 119′

Masa : 12.00 am
Venue : Stuttgart

AET : Portugal (0) – (0) Perancis [Pen: 3-5]

Masa : 3.00 am
Venue : Hamburg

Sepanyol dan Perancis masing-masing layak ke semi final EURO 2024 dan akan bertemu pada 10 Julai nanti.

7 Julai 2024 (Ahad)

AET : England (1) – (1) Switzerland [Pen: 5-3]

  • Breel Embolo 75′
  • Bukayo Saka 80′

Masa : 12.00 am
Venue : Dusseldorf

FT : Belanda (2) – (1) Turkiye

  • S. Akaydin 35′
  • Stefan de Vrij 70′
  • Mert Muldur 76′ (OG)

Masa : 3.00 am
Venue : Olimpastadion

England dan Belanda masing-masing layak ke semi final EURO 2024 dan akan bertemu pada 11 Julai nanti.

You Might Also Like

Leave a Comment