Jadual Suku Akhir Copa America 2024 – Siaran Langsung Dan Keputusan Perlawanan

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
suku akhir copa america 2024

Selesai peringkat kumpulan dan kini saingan diteruskan di peringkat kalah mati. Maka bermulalah pusingan suku akhir Copa America 2024 yang mana mempertemukan 8 pasukan terhebat.

BACA JUGA : Jadual Penuh Copa America 2024

Untuk pusingan suku akhir ini, ianya akan bermula pada 5 hingga 7 Julai 2024 iaitu selama 3 hari. Sebelum saingan ini bermula, ada beberapa hari rehat kepada pasukan yang masih meneruskan cabaran kali ini.

Kesemua 4 perlawanan yang melibatkan 8 pasukan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Supersports 4 (814) atau boleh juga live streaming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Senarai 8 Pasukan Di Suku Akhir Copa America 2024

Pada peringkat kumpulan, terdapat 16 pasukan dan setiap daripadanya telah diundi dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan bermain secara round-robin satu pusingan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan, layak ke peringkat seterusnya.

Jadi berikut merupakan senarai pasukan yang layak bermain di peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir Copa America 2024:

  1. Argentina
  2. Canada
  3. Venezuela
  4. Ecuador
  5. Uruguay
  6. Panama
  7. Colombia
  8. Brazil

Argentina mara selaku sebagai juara kumpulan A dan diikuti Kanada di tempat kedua. Venezuela juara kumpulan B dan Ecuador muncul sebagai naib juara. Kumpulan C pula diungguli oleh Uruguay dan diikuti dengan Panama.

Colombia muncul sebagai juara kumpulan D bersama-sama Brazil yang berada di tempat kedua mara ke pusingan suku akhir Copa America. Berikut merupakan carta bagi saingan peringkat kalah mati :

Format pertandingan adalah secara kalah mati bermula di pusingan suku akhir. Sekiranya tiada pemenang dalam tempoh waktu sebenar (90-minit), perlawanan terus ditentukan menerusi sepakan penalti. Tiada masa tambahan 120 minit.

Jadual & Keputusan Perlawanan Saingan Suku Akhir Copa America 2024

Berikut merupakan jadual bagi setiap perlawanan di saingan suku akhir Copa America 2024 dengan mengiktu tarikh dan waktu Malaysia. Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

5 Julai 2025 (Jumaat)

FT : Argentina (1) – (1) Ecuador (Pen: 4-2)

  • Lisandro Martinez 35′
  • Kevin Rodriguez 90+1′

Masa : 9.00 am
Venue : Houstan, Texas
Tayangan TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka

6 Julai 2024 (Sabtu)

AET : Venezuela (1) – (1) Kanada [Pen: 3-4]

  • Jacob Shaffelburg 13′
  • Solomon Rondon 64′

Masa : 9.00 am
Venue : Arlington, Texas
Tayangan TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka

7 Julai 2024 (Ahad)

FT : Colombia (5) – (0) Panama

  • Jhon Cordoba 8′
  • James Rodriguez 15′
  • Luis Diaz 41′
  • Richard Rios 70′
  • Miguel Borja 90+4′

Masa : 6.00 am
Venue : Glendale, Arizona
Tayangan TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka

AET : Uruguay (0) – (0) Brazil [Pen: 4-2]

Masa : 9.00 am
Venue : Las Vegas, Nevada
Tayangan TV : Astro Supersport 814
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like

Leave a Comment