Dapatkan senarai penuh jadual perlawanan Selangor dalam kempen Liga Super untuk musim terbaru 2024/2025 yang berlangsung dari Mei 2024 hingga Mac 2025. Pastinya peminat dan penyokong The Red Giants tidak sabar untuk kedatangan musim baru ini.
Musim Liga Super Malaysia 2024/2025 bakal menyaksikan saingan yang lebih sengit dengan tempoh perlawanan yang lebih panjang iaitu selama dua tahun. Pasukan Selangor, yang berjaya muncul sebagai naib juara Liga Super 2023, pastinya akan bertekad untuk memberikan cabaran yang lebih hebat pada musim ini.
Mereka akan membuka tirai kempen Liga Super dengan menyertai perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei 2024, yang pastinya menjadi permulaan yang mendebarkan buat penyokong-penyokong setia mereka. Ini juga menandakan pembukaan Liga Super
Sebanyak 13 pasukan akan bertarung sepanjang musim bagi merebut kejuaraan Liga Super kali ini, termasuklah Selangor yang bakal menghadapi 24 perlawanan secara keseluruhan. Dengan jumlah perlawanan liga yang mencecah 312 perlawanan, pastinya peminat bola sepak tempatan akan disajikan dengan aksi-aksi menarik dari setiap pasukan.
Selangor masih mengekalkan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya sebagai venue tuan rumah mereka untuk musim kali ini.
Stadium ini akan menjadi medan bagi pasukan Gergasi Merah untuk menampilkan aksi terbaik dan mengejar impian menjuarai Liga Super yang pastinya didam-idamkan bagi setiap pasukan yang bertanding.
Dengan jadual yang padat dan saingan yang sengit, pasukan Selangor di bawah bimbingan jurulatih mereka pastinya akan berusaha keras untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding musim sebelumnya.
Senarai Jadual Perlawanan Selangor Di Liga Super Sepanjang Musim 2024/2025
Berikut merupakan senarai penuh jadual perlawanan Selangor dalam saingan Liga Super 2024/2025. Senarai ini disertakan bilangan minggu (LS) dan tarikh perlawanan sama ada bagi match home dan away.
*Jadual perlawanan Selangor akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Minggu Perlawanan | Tarikh Berlangsung | Perlawanan |
Minggu 1 (LS1) | 10 Mei 2024 | JDT vs Selangor (Piala Sumbangsih) |
Minggu 2 (LS2) | 18 Mei 2024 | Selangor vs Kedah Darul Aman |
Minggu 3 (LS3) | 26 Mei 2024 | Selangor vs Negeri Sembilan |
Minggu 4 (LS4) | 23 Jun 2024 | Selangor vs Perak |
Minggu 5 (LS5) | 14 Julai 2024 | KL City vs Selangor |
Minggu 6 (LS6) | 27 Julai 2024 | Selangor vs Penang |
Minggu 7 (LS7) | 31 Julai 2024 | Sri Pahang vs Selangor |
Minggu 8 (LS8) | 10 Ogos 2024 | Selangor vs Kelantan Darul Naim |
Minggu 9 (LS9) | 13 Ogos 2024 | Sabah vs Selangor |
Minggu 10 (LS10) | 13 September 2024 | Selangor vs Kuching City |
Minggu 11 (LS11) | 21 September 2024 | Terengganu vs Selangor |
Minggu 12 (LS12) | – | Giliran Selangor Tiada Perlawanan |
Minggu 13 (LS13) | 19 Oktober 2024 | PDRM vs Selangor |
Minggu 14 (LS14) | 27 Oktober 2024 | Selangor vs JDT |
Minggu 15 (LS15) | 2 November 2024 | Kedah Darul Aman vs Selangor |
Minggu 16 (LS16) | 9 Disember 2024 | Negeri Sembilan vs Selangor |
Minggu 17 (LS17) | 17 Disember 2024 | Perak vs Selangor |
Minggu 18 (LS18) | 12 Januari 2025 | Selangor vs KL City |
Minggu 19 (LS19) | 25 Januari 2025 | Penang vs Selangor |
Minggu 20 (LS20) | 8 Februari 2025 | Selangor vs Sri Pahang |
Minggu 21 (LS21) | 8 Mac 2025 | Kelantan Darul Naim vs Selangor |
Minggu 22 (LS22) | 27 Februari 2025 | Selangor vs Sabah |
Minggu 23 (LS23) | 16 Mac 2025 | Kuching City vs Selangor |
Minggu 24 (LS24) | 5 April 2025 | Selangor vs Terengganu |
Minggu 25 (LS25) | – | Giliran Selangor Tiada Perlawanan |

Senarai jadual perlawanan Selangor ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak Malaysian Football League (MFL) dari semasa ke semasa.