Final Indonesia Masters 2025 bakal berlangsung dan pastinya kita bakal dapat saksikan dua wakil negara akan berentap bertemu lawan masing-masing untuk mengejar kejuaraan sulung untuk musim kali ini.
Indonesia Masters kini sudah memasuki pusingan akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 26 Januari 2025, hari Ahad dengan perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia.
BACA JUGA : Jadual Penuh Indonesia Masters 2025
Di peringkat akhir kali ini, 2 wakil Malaysia akan berentap iaitu menerusi gandingan Pearly Tan/M Thinaah menerusi beregu wanita dan gandingan Man Wei Chong/Kai Wun Tee dalam kategori beregu lelaki.
Adakah mereka akan pulang dengan kejayaan untuk final Indonesia Masters 2025 kali ini? Atau sekadar menduduki tempat sebagai naib juara? Saksikan nanti.
Contents
Siaran Langsung Final Indonesia Masters 2025
Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi final Indonesia Masters 2025 yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Badminton 815 atau boleh juga tonton secara live streaming di laman web atau aplikasi Sooka.
Juga turut tersedia secara online di lama youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/@bwftv.
Jadual Dan Keputusan Final Indonesia Masters 2025
Berikut merupakan jadual penuh bagi aksi final Indonesia Masters 2025 yang berlangsung bermula pada pukul 2.00 petang dengan mengikut giliran. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sejurus selepas tamat perlawanan
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Guo Xin Wa [5]/Chen Fang Hui (CHN) | 15 | 17 | – |
Hiroki Midorikawa [7]/Natsu Saito (JPN) | 21 | 21 | – |
[WS] Perseorangan Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Ratchanok Intanon [6] (THA) | 21 | 21 | – |
Sim Yu Jin (KOR) | 18 | 17 | – |
[WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Kim Hye Jeong [5]/Kong Hee Yong (KOR) | 21 | 17 | 21 |
Pearly Tan [2]/Thinaah M (MAS) | 12 | 21 | 18 |
[MS] Perseorangan Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Kunlavut Vitidsarn [4] (THA) | 18 | 21 | 21 |
Jonathan Christie [3] (INA) | 21 | 17 | 18 |
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Fajar Alfian [1]/Muhammad Rian Ardianto (INA) | 11 | 19 | – |
Man Wei Chong [7]/Kai Wun Tee (MAS) | 21 | 21 | – |