Menerusi filem Padu, penonton dapat tonton dan menyaksikan bagaimana wirawati pasukan Bola Keranjang Negara berusaha sehingga mencapai kejayaan dimana ianya merupakan kisah benar.
Filem arahan Faisal Ishak ini membawa kisah dan peristiwa sebenar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia dan Sukan SEA 2015 di Singapura.
Bagi menjayakan filem ini, para pelakon seperti Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Lim Mei Fan turut berpeluang untuk berjumpa dengan pemain sebenar bagi menjayakan watak yang ingin dibawa dan disampaikan.
Selain daripada kisah benar tersebut, pengarah juga menyelitkan beberapa watak fiksyen tamabah bagi menghidupkan lagi jalan cerita filem biopik ini dan pastinya perlu ditonton oleh orang ramai.
Sinopsis Filem Padu The Movie
Filem Padu bermula pada tahun 2013 apabila pasukan bola keranjang wanita negara mengalami kekalahan dalam Sukan SEA ketika bermain di Naypyidaw, Myanmar. Kesemua mereka hampa dan kecewa atas kekalahan tersebut.
Semasa Sukan SEA 2015, pasukan ini perlu memenangi emas dan bebannya kini diletakkan di atas bahu Izzati Yaakob (Fify Azmi). Dia bekerja keras untuk mengumpul pemain terbaik di seluruh Malaysia bagi membentu pasukan yang lebih baik.
Selain daripada Fify, Thanuju, Jojo dan Mei Fan, filem Padu juga menampilkan barisan pelakon seperti Datin Seri Ummi Aida, Eizlan Yusof, Lia Natalia, Fikhree Bakar, Melissa Campbell dan ramai lagi.
Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Padu yang akan ditayangkan mulai 6 Jun 2024 (Khamis) di pawagam seluruh Malaysia.