Beregu campuran negara berjaya mengatasi pasangan China sekali gus meraih gelaran juara World Tour yang pertama pada tahun ini dalam Korea Open 2024.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei melakar kejayaan di pentas final apabila berjaya mengenepikan wakil China, Guo Xin Wa/Li Qian dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13 pada belah pagi tadi.
Pasangan pilihan ke-4 kejuaraan tersebut mengambil masa 59 minit untuk menumbangkan pasangan China tersebut dalam 3 game.
Ini merupakan gelaran pertama bagi pasangan Malaysia tersebut untuk Super 500 dalam siri World Tour pada tahun ini.
Mereka berjaya membawa pulang medal bersama hadiah wang tunai berjumlah USD33,180 atau sekitar RM143,300.
Sebelum ini, pasangan tersebut meraih gelaran naib juara dalam Thailand Masters pada Februari dan Switzerland Open pada Mac.
Pada belah petang yang juga perlawanan terakhir, satu lagi wakil negara akan turun bagi merebut gelaran juara untuk kategori Beregu Wanita.
Pasangan Pearly Tan/M Thinaah akan turun selaku pilihan ke-4 kejuaraan bertemu pesangan tuan rumah yang juga pilihan ke-6 iaitu Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong.
Kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak tiga kali. Dua daripadanya dimenangi oleh wakil Korea tersebut dan hanya sekali dimenangi oleh pasangan negara.
Jangan terlepas untuk saksikan aksi final Korea Open 2024 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) atau boleh juga live streaming di Sooka.