Siaran Langsung Live Streaming Central Coast Mariners vs JDT Di ACLE 2024/2025

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
ccm vs jdt acle

Pertemuan antara Central Coast Mariners vs JDT dalam aksi ACLE 2025/2025 kali ini merupakan perlawanan ketujuh untuk kedua-dua pasukan dalam zon ‘East’.

Perlawanan yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 11 Februari 2025, hari Selasa, pada jam 4.00 petang waktu Malaysia.

Lokasi perlawanan adalah di Central Coast Stadium, Gosford, Australia. Bagi peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara langsung, siaran langsung boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena Bola 803.

Manakala bagi mereka yang memilih tontonan secara digital, Sooka menyediakan perkhidmatan live streaming untuk perlawanan ini.

Prestasi Kedua-Dua Pasukan Dalam ACLE 2024/2025

Melihat kepada prestasi semasa dalam ACLE 2024/2025, Central Coast Mariners (CCM) menghadapi kesukaran sepanjang kejohanan ini.

Mereka kini menduduki tempat tercorot dalam kumpulan (tempat ke-12), dengan memperoleh hanya 1 mata daripada 6 perlawanan yang telah berlangsung sepanjang musim ini.

BACA JUGA : Kedudukan Kedua-Dua Pasukan Dalam Saingan ACLE 2024/2025

Sejak itu, CCM hanya menang sekali dan telah tewas sebanyak lima kali, menunjukkan kelemahan yang jelas dalam saingan peringkat kumpulan.

Dengan prestasi ini, CCM secara teorinya telah tersingkir daripada saingan ACLE dan tidak akan layak ke peringkat seterusnya.

Manakala bagi JDT, mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kejohanan ACLE. JDT kini berada di tangga ke-6, selepas mengumpul 8 mata hasil daripada 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan.

Dengan baki perlawanan yang ada, JDT masih berpeluang untuk merebut tempat dalam kelompok 8 terbaik, sekaligus membuka laluan ke pusingan 16 terbaik selepas ini.

Oleh itu, kemenangan dalam perlawanan ini amat penting bagi JDT untuk memastikan mereka terus bersaing dalam kejohanan ini.

Aksi Central Coast Mariners vs JDT

Jika melihat kepada prestasi di liga tempatan, Central Coast Mariners kini berada di kedudukan ke-9 dalam saingan A-League.

Dalam 5 perlawanan terakhir, mereka hanya menang sekali dan seri 4 kali, menunjukkan bahawa mereka masih bergelut untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam liga domestik.

Berbeza dengan pasukan Johor Darul Ta’zim, mereka kini mengungguli carta Liga Super Malaysia dan dijangka bakal dinobatkan sebagai juara liga untuk kali ke-11 berturut-turut sekiranya mampu untuk meraih kemenangan sekali lagi.

Dengan prestasi cemerlang di peringkat domestik, JDT jelas berkelebihan dalam perlawanan ini meskipun bermain di tempat lawan.

Walaupun secara atas kertas JDT dilihat lebih kuat, Central Coast Mariners mungkin mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di halaman sendiri.

Faktor penyokong tuan rumah dan sudah selesa dengan padang boleh memberi dorongan moral kepada CCM untuk memberikan saingan sengit.

Namun begitu, JDT mesti berwaspada dan tidak boleh leka bagi mengelakkan keciciran mata penting. Dengan harapan untuk layak ke peringkat seterusnya, JDT pasti mahu pulang dari Australia dengan 3 mata penuh sebagai bekalan untuk terus bersaing dalam kejohanan ini.

Dengan segala persiapan dan strategi yang dirancang, perlawanan ini dijangka menjadi satu aksi yang menarik antara dua pasukan yang mempunyai misi tersendiri dalam ACLE 2025.

Keputusan Perlawanan

FT : Central Coast Mariners (1) – (2) JDT

  • Alvaro Gonzalez 64′, 79′
  • Alou Kuol 70′

Masa : 4.00 petang
Tempat : Central Coast Stadium
Tayangan TV : Astro Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like

Leave a Comment