Selepas tamat di Indonesia, kini siri jelajah diteruskan lagi di negara jiran iaitu menerusi Thailand Masters 2025 yang berlangsung dari 28 Januari hingga 2 Februari 2025 bertempat di Stadium Nimibutr, Bangkok Thailand.
Kejohanan Princess Sirivannavari Thailand Masters 2025 merupakan yang kelima dana siri BWF World Tour untuk tahun ini. Ianya merupakan kategori Super 300 dengan menawarkan mata rangking dan hadiah wang tunai.
Kejohanan : Princess Sirivannavari Thailand Masters 2025
Level : Super 300
Tarikh : 28 Januari – 2 Februari 2025
Venue : Stadium Nimibutr, Bangkok Thailand
Hadiah : USD 240,000 (~RM1 Juta)

Berikut merupakan agihan mata yang diperoleh bagi juara dan naib juara beserta hadiah wang tunai yang bawak pulang :
- 7,000 mata untuk juara dan 5,950 untuk naib juara
- $18,000 bakal diperoleh juara kategori perseorangan. Manakala $18,960 untuk juara regu
Contents
Senarai Juara Thailand Masters Pada Edisi Lalu
Edisi 2023 | Pemain |
Perseorangan Lelaki | Lin Chun Yi (TPE) |
Perseorangan Wanita | Zhang Yi Man (CHN) |
Beregu Lelaki | Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin (INA) |
Beregu Wanita | Benyapa Aimsaard/Nuntakard Aimsaard (THA) |
Beregu Wanita | Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN) |
Edisi 2024 | Pemain |
Perseorangan Lelaki | Chou Tien Chen (TPE) |
Perseorangan Wanita | Aya Ohori (JPN |
Beregu Lelaki | He Ji Ting/Ren Xiang Yu (CHN) |
Beregu Wanita | Benyapa Aimsaard/Nuntakard Aimsaard (THA) |
Beregu Wanita | Puavaruanukroh/Taerattanachai (THA) |
Senarai Pemain Malaysia Dalam Thailand Masters 2025
Berikut merupakan senarai pemain negara yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan Thailand Masters sama ada pemain BAM atau pemain profesional :
- Perseorangan Lelaki – Aidil Sholeh, Justin Hoh, Kok Jing Hong, Tan Jia Jie, Eogene Ewe
- Perseorangan Wanita – K. Letshanaa, S. Kisona, Loh Zhi Wei
- Beregu Lelaki – Chia Weijie/Lwi Sheng Hao, Goh Boon Zhe/Wong Vin Sean, Bryan Jeremy Goonting/M Fazriq, Low Hang Yee/Ng Eng Cheong, Kang Khai Xing/Aaron Tai
- Beregu Wanita – Ong Xin Yee/Carmen Ting
- Beregu Campuran – Loo Bing Kun/Ho Lo Ee, Ming Yap Too/Lee Yu Shan
Siaran Langsung Thailand Masters 2025 (Live Streaming)
Super 300 akan bermula di pusingan kelayakan dengan melibatkan pemain badminton yang lebih rendah rangking nya. Mereka yang berjaya, akan mara ke peringkat seterusnya di pusingan 32.
Tayangan siaran langsung untuk kejohanan ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Badminton 815 dan live streaming di Sooka. Akan tetapi, hanya akan bersiaran bermula di pusingan separuh akhir iaitu pada 2 Februari depan.
Akan tetapi, untuk pusingan awal, anda boleh tonton secara live streaming di platform youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/@bwftv secara percuma. Mungkin perlukan sambungan VPN bagi penonton di Malaysia.
Jadual Thailand Masters 2025 dan Keputusan Perlawanan
Anda boleh dapatkan jadual penuh perlawanan melibatkan semua pemain termasuk wakil negara menerusi laman web rasmi BWF di BWF Thailand Masters 2025. Boleh juga dapatkan keputusan semasa disini.