Badminton Asia Mixed Team Championships 2025 : Jadual, Siaran Langsung, Keputusan Perlawanan (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
badminton asia mixed team championships 2025

Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Badminton Asia bagi menobatkan pasukan campuran badminton terbaik di Asia.

Untuk TSINGTAO BAMTC 2025, kini sudah memasuki edisi ke-4 sejak pertama kali diadakan pada tahun 2017. Untuk edisi kali ini ianya akan berlangsung dari 11 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Qingdao, China.

Sejak awal penganjuran, hanya Jepun dan China sahaja yang berjaya merangkul takhta kejuaraan dan membawa pulang emas. Prestasi Malaysia adalah di peringkat suku akhir setakat ini.

Kejohanan ini juga merupakan peringkat kelayakan bagi acara Piala Sudirman yang bakal berlangsung pada April depan. 4 semi-finalist layak secara automatik.

Badminton Asia Mixed Team Championships 2025

Badminton Asia Mixed Team Championships 2025 melibatkan 12 pasukan dan diundi dalam 4 kumpulan. Ini bermakna, setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan. 2 pasukan terbaik bagi setiap kumpulana akan mara ke peringkat kalah mati, bermula di pusingan suku akhir.

Setiap pertemuan terdiri daripada 5 perlawanan iaitu melibatkan kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran.

Pasukan yang memenangi 3 daripda lima perlawanan, dianggap menang dalam pertemuan tersebut. Namun begitu, kesemua lima perlawanan tetap dimainkan di peringkat kumpulan bagi memastikan kedudukan yang tepat dalam carta kumpulan.

Untuk tahun 2025, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Indonesia dan Hong Kong. Menjadi antara kumpulan maut dalam edisi kali ini.

KumpulanPasukan
AChina, Chinese Taipei, Singapura
BIndonesia, Malaysia, Hong Kong
CJepun, Thailand, Kazakhstan
DIndia, Korea Selatan, Macau

Senarai Skuad Malaysia Di Badminton Asia Mixed Team Championships 2025

Kali ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan pemain muda bagi menggalas cabaran disamping satu regu senior untuk membimbing pasukan.

  • Perseorangan Lelaki: Leong Jun Hao, Justin Hoh
  • Perseorangan Wanita: Letshanaa Karupathevan, Wong Lin Ching
  • Beregu Lelaki: Arif Junaidi, Yap Roy King, Tee Kai Wun/Man Wei Chong
  • Beregu Wanita: Tan Zhing Yi/Cheng Su Hui, Teoh Mei Xing/Go Pei Kee
  • Beregu Campuran: Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai

Siaran Langsung Badminton Asia Mixed Team Championships 2025 – Live Streaming

Untuk peminat badminton di Malaysia, kejohanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Badminton 815 atau secara live streaming di Astro Go dan Sooka bermula dari hari pertama lagi.

Selain itu, anda juga boleh saksikan menerusi saluran TVS (MYTV 122 & Astro 122). Untuk saluran live streaming, anda boleh layari portal rasmi di tvsarawak.my. Boleh saksikan secara percuma.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda tidak berkesempatan menonton di tv, anda juga boleh live streaming di facebook Badminton Asia, juga secara percuma.

Jadual & Keputusan BAMTC 2025

Berikut merupakan jadual penuh bagi setiap pertemuan dalam kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championships 2025. Akan tetapi, pengumuman keputusan hanya akan melibatkan pasukan malaysia sahaja.

PERINGKAT KUMPULAN

11 Februari 2025 (Selasa)

[Sesi 1 – 9.30 am]

  • Korea (5) – (0) Macau
  • Indonesia (5) – (0) Hong Kong

[Sesi 2 – 5.00 pm]

  • China (3) – (2) Singapura
  • Jepun (5) – (0) Kazakhstan

12 Februari 2025 (Rabu)

[Sesi 1 – 9.30 am]

  • India (5) – (0) Macau
  • Malaysia (2) – (3) Hong Kong
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2 Set 3
Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin (MAS)211711
Tang Chun Man/Ng Tsz Yau (HKG)172121
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2 Set 3
K Letshanaa (MAS)2121
Saloni Samirbhai Mehta (HKG)1818
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2 Set 3
Justin Hoh (MAS)1916
Lee Cheuk Yiu (HKG)2121
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2 Set 3
Ho Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS)1714
Yeung Ng Ting/Yeung Pui Lam (HKG)2121
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2 Set 3
Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS)2121
Hung Kuei Chun/Lui Chun Wai (HKG)1311

[Sesi 2 – 5.00 pm]

  • Thailand (5) – (0) Kazakhstan
  • Chinese Taipei (4) – (1) Singapura

13 Februari 2025 (Khamis)

[Sesi 1 – 9.30 am]

  • Korea (3) – (2) India
  • Indonesia (3) – (2) Malaysia

*Malaysia tewas kepada Indonesia, sekali gus gagal mara ke suku akhir

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2 Set 3
D Ferdinansyah/Siti F S Ramadhanti (INA)172121
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS)211318
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2 Set 3
Komang Ayu Cahya Dewi (INA)2121
K. Letshanaa (MAS)1219
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2 Set 3
Yohanes Saut Marcellyno (INA)212012
Leong Jun Hao (MAS)112221
[WD] Beregeu WanitaSet 1Set 2 Set 3
M T Puspitasari/R Allessya Rose (INA)182121
Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS)21717
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2 Set 3
Muhammad S Fikri/Daniel Mathin (INA)271721
Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS)252123

[Sesi 2 – 5.00 pm]

  • China (3) – (2) Chinese Taipei
  • Jepun (3) – (2) Thailand

SUKU AKHIR

14 Februari 2025 (Jumaat)

[Sesi 1 – 9.30 am]

  • Thailand (3) – (2) Korea Selatan
  • Jepun (3) – (0) India

[Sesi 2 – 5.00 pm]

  • China (3) – (2) Hong Kong
  • Chinese Taipei (0) – (3) Indonesia

SEPARUH AKHIR

15 Februari 2025 (Sabtu)

[Sesi 1 – 9.30 pm]

  • Indonesia (3) – (1) Thailand

[Sesi 2 – 5.00 pm]

  • China (3) – (2) Jepun

FINAL

16 Februari 2025 (Ahad) – Bermula pukul 2.00 pm

  • China (1) – (3) Indonesia

KEPUTUSAN

  • Emas – Indonesia
  • Perak – China
  • Gangsa – Jepun dan Thailand

You Might Also Like

1 thought on “Badminton Asia Mixed Team Championships 2025 : Jadual, Siaran Langsung, Keputusan Perlawanan (Live Streaming)”

Leave a Comment