Kejohanan Badminton All England 2025 terus menjadi tumpuan peminat sukan tanah air, dengan enam lagi wakil Malaysia bakal turun beraksi dalam perlawanan penting di Utilita Arena Birmingham, England pada hari kedua ini.
Kejohanan berprestij ini bukan sahaja menjadi pentas untuk pemain-pemain negara membuktikan kehebatan mereka, tetapi juga medan untuk mengumpul mata penting dalam ranking dunia.
Bagi peminat badminton di Malaysia, perlawanan-perlawanan ini boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 danAstro Badminton 815 atau melalui penstriman dalam talian di Astro GO serta YouTube rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Selain itu, perlawanan ini turut disiarana menerusi saluran RTM di Sukan RTM (MYTV 111) dan secara live streaming di platform RTM Klik secara percuma.
Dengan adanya pelbagai platform tontonan, penyokong setia boleh terus memberikan sokongan kepada wakil negara tanpa perlu terlepas sebarang aksi menarik.
Tumpuan pastinya terarah kepada beregu no. 2 dunia kini, Goh Sze Fei/Nur Izzudin sekali gus menjadi pilihan kedua kejohanan. Mereka akan bertemu regu Korea Selatan, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi penuh mendebarkan dari pemain kebanggaan negara di All England 2025 pada hari ini bermula pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia.
Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini kejohanan ini dan teruskan menyokong atlet Malaysia dalam misi mereka menakluk pentas dunia!