Kejohanan Badminton All England 2025 akan berlangsung dari 11 hingga 16 Mac di Arena Utilita, Birmingham. Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan perlawanan secara langsung melalui Astro, Sooka dan RTM.
BACA JUGA : Jadual & Keputusan Penuh All England 2025
Tayangan Siaran Langsung All England Open 2025
Astro akan menyiarkan kejohanan ini menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Badminton 815 dan 816, dengan penstriman dalam talian tersedia di aplikasi Astro Go. Sooka pula menawarkan alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai langganan Astro, membolehkan pengguna menonton secara live streaming dengan pelan langganan sukan harian atau bulanan.

Bukan itu sahaja, RTM turut menyediakan siaran langsung secara percuma menerusi saluran Sukan RTM (Mytv 111) dan platform penstriman RTM Klik di https://rtmklik.rtm.gov.my/. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada peminat badminton untuk menyaksikan pemain negara beraksi di kejohanan berprestij ini.
All England merupakan antara kejohanan tertua dalam dunia badminton dan sering menjadi pentas persaingan sengit antara pemain terbaik dunia. Malaysia pernah mencipta sejarah apabila Lee Zii Jia menjuarai edisi 2021, mengulangi kejayaan pemain legenda negara sebelum ini.
Dengan pelbagai platform penyiaran yang tersedia, peminat badminton boleh mengikuti perkembangan kejohanan ini dengan lebih mudah. Perlawanan dijangka sengit, dengan harapan tinggi diletakkan kepada pemain kebangsaan untuk membawa pulang kejuaraan.