AFC Champions League Elite 2024/25 kini memasuki perlawanan kedua dan salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan pastinya antara JDT vs Shanghai Shenhua.
Mengikut jadual, perlawanan ini merupakan perlawanan ketiga bagi liga Asia Timur (East) dan akan berlangsung pada 1 Oktober 2024, hari Selasa, pada pukul 8.00 malam.
Pertemuan ini akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dimana JDT selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan daripada wakil negara China tersebut.
Bagi peminat yang ingin menyaksikan aksi secara langsung, ianya akan disiarkan di saluran Astro Arena Bola 803 serta boleh ditonton secara live streaming di Sooka dan Astro Go.
Selain itu, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium dengan mendapatkan tiket melalui laman web https://tickethotline.com.my/.

Contents
Aksi Perlawanan Pertama Kedua-Dua Pasukan
Pada perlawanan pertama, JDT telah mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Shanghai Port ketika beraksi di tempat lawan di Shanghai, China.
Dua gol JDT dijaringkan oleh Arif Aiman, anak jati Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Shanghai Shenhua telah meraih kemenangan pertama mereka dalam saingan ini dengan menewaskan Pohang Steelers dengan keputusan 4-1.
Dengan keputusan tersebut, JDT kini berada di tempat keenam dengan mengumpul satu mata, manakala Shanghai Shenhua berada di tempat keempat dengan tiga mata.
Kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang sama; JDT ingin mengutip mata penuh di laman sendiri, sementara Shanghai Shenhua berhasrat untuk meneruskan momentum kemenangan.
Sejarah Pertemuan JDT vs Shanghai Shenhua
Pertemuan JDT vs Shanghai Shenhua ini merupakan kali pertama bagi kedua-dua pasukan bertemu di pentas tertinggi ACL (yang terbaru ACLE).
Untuk prestasi semasa, JDT masih mengungguli saingan Liga Super Malaysia dengan prestasi yang memberangsangkan selepas 11 perlawanan tanpa kekalahan.
Sementara itu, Shanghai Shenhua kini berada di kedudukan kedua dalam Chinese Super League setelah 27 perlawanan, hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Shanghai Port.
JDT yang sebelum ini berjaya mengikat bekas juara Liga Super China, kini diharapkan dapat meneruskan rentak positif dengan meraih kemenangan pertama dalam saingan ACL menentang Shanghai Shenhua.
Peminat JDT pastinya berharap agar pasukan kesayangan mereka dapat menunjukkan aksi yang hebat dan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara JDT vs Shanghai Shenhua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/25 yang berlangsung pada 1 Oktober ini, hari Selasa. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
FT : JDT (3) – (0) Shanghai Shenhua
- Arif Aiman 11′
- Jorge Obregon 26′
- Juan Muñiz 80′
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Dengan sejarah pertemuan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan prestasi semasa kedua-dua pasukan yang menggalakkan, perlawanan ini dijangka akan menjadi satu pertembungan yang menarik.
JDT perlu memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk meraih kemenangan dan mengumpul mata berharga dalam saingan ACL ini.