Kalendar F1 Tahun 2026 – Jadual Rasmi Perlumbaan Grand Prix

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
perlumbaan f1

Kalendar F1 Sepanjang tahun 20026 | Musim Formula 1 2026 bakal menyaksikan juara dunia, Lando Norris, mempertahankan gelaran yang dimenanginya sambil menghadapi saingan dalam musim yang membawa pelbagai perubahan penting.

Kalendar perlumbaan musim ini kini hanya mengandungi 22 pusingan selepas Grand Prix Bahrain dan Grand Prix Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada April dibatalkan susulan konflik di Asia Barat. Kempen 2026 bermula di Australia pada awal Mac sebelum melabuhkan tirai di Grand Prix Abu Dhabi yang berlangsung dari 4 hingga 6 Disember.

Selain itu, satu lagi pembaharuan ialah kemunculan Litar Madrid dalam jadual perlumbaan. Perlumbaan jalanan di ibu negara Sepanyol itu dijadualkan berlangsung pada September, manakala Litar Imola tidak lagi tersenarai dalam kalendar musim ini.

Perubahan paling besar pula melibatkan peraturan teknikal baharu yang memperkenalkan jentera generasi terkini. Peraturan tersebut dijangka mengubah keseimbangan prestasi pasukan dan membuka peluang kepada persaingan yang lebih sengit sepanjang musim.

Bukan itu sahaja, pengeluar dari Amerika Syarikat, Cadillac, akan membuat penampilan sulung di Formula 1, sekali gus menjadikan jumlah pasukan bertanding meningkat kepada 11 buat kali pertama sejak musim 2016. Dalam kalangan pemandu pula, Arvid Lindblad dari Britain menjadi satu-satunya pelumba baharu yang menyertai saingan musim 2026.

Kalendar F1 Sepanjang Tahun 2026

kalendar f1 tahun 2026

Berikut merupakan jadual perlumbaan & kalendar F1 bagi setiap bagi setiap venue sepanjang tahun 2026 :

Australia6-8 MacNetherlands21-23 Ogos*
China13-15 Mac*Italy4-6 September
Japan27-29 MacMadrid11-13 September
Miami1-3 Mei*Azerbaijan24-26 September
Canada22-24 Mei*Malaysia2-4 Oktober
Monaco5-7 JunSingapore9-11 Oktober*
Barcelona12-14 JunUSA23-25 Oktober
Austria26-28 JunMexico30 Nov-1 Oktober
Great Britain3-5 Julai*Brazil6-8 November
Belgium17-19 JulaiLas Vegas19-21 November
Hungary24-26 JulaiQatar27-29 November
Abu Dhabi4-6 Disember
*sprint race

Kemaskini terbaru, dengan penambahan Malaysia sebagai salah satu venue perlumbaan dalam kalendar F1 kali ini, menjadikan kesemuanya 23 perlumbaan. Meskipun begitu, perlumbaan di Litar Sepang Antarabangsa tersebut merupakan tuan rumah kepada Bahrain Grand Prix.

Sumber : Calendar F1

You Might Also Like

1 thought on “Kalendar F1 Tahun 2026 – Jadual Rasmi Perlumbaan Grand Prix”

Leave a Comment