Umum ketahui, untuk edisi 2026 Malaysia tidak bawakan perlawanan siaran langsung ke kaca tv bagi kejohanan Piala AFF. Menjadi satu-satunya negara yang mengambil bahagian tiada hak penyiaran.
Ini bermakna, penonton dan peminat bola sepak tanah air tidak berpeluang untuk menyaksikan pasukan Harimau Malaya secara langsung di kaca tv, kecuali jika mereka datang ke stadium.
BACA JUGA : Piala AFF Hyundai 2026 Bakal Bermula, Namun Penyiar Rasmi Masih Belum Diketahui
Jadi kalau tiada tayangan sama ada di RTM ataupun Astro, kami nak tengok macam mana?
Kejohanan Piala AFF – ASEAN Hyundai Cup 2026
Mungkin ada yang tertanya-tanya Hyundai Cup ni kejohanan apa? Apa beza dengan Piala AFF yang pernah berlangsung untuk beberapa edisi sebelum ini? Adakah ianya sama atau berlainan kejohanan?
ASEAN Hyundai Cup 2026 merupakan kejohanan yang sama seperti Piala Tiger yang berlangsung sejak 1996 hingga 2004. Kemudian dijenamakan semula dengan Piala Suzuki AFF edisi 2010 yang mana Malaysia muncul juara.
Kemudian ditukar lagi dengan nama Piala Mitsubishi Electric AFF pada edisi sebelum ini dan kini dijenamakan sekali lagi menjadi ASEAN Hyundai Cup 2026. Ianya bergantung kepada sponser pada musim tersebut. Tapi semuanya sama – kejohanan luar kalendar FIFA.
Piala Hyundai ASEAN 2026 yang kini memasuki edisi ke-16 bakal berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos 2026. Ianya merupakan kejohanan dwi-tahunan yang dianjurkan oleh AFF dengan melibatkan pasukan-pasukan daripada Asia Tenggara.
Untuk edisi kali ini, sebanyak 10 pasukan yang layak dan mengambil bahagian termasuk Malaysia. Kesemuanya diundi dalam 2 kumpulan dengan 5 pasukan setiap daripadanya. Berikut merupakan undian peringkat kumpulan:
Kumpulan A
- Vietnam
- Indonesia
- Singapura
- Kemboja
- Timor-Leste
Kumpulan B
- Thailand
- Malaysia
- Filipina
- Myanmar
- Laos
Format peringkat kumpulan dimainkan secara round-robin satu pusingan. 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati peringkat separuh akhir sehingga final.
Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia
Pasukan negara akan mengharungi 4 perlawanan secara keseluruhan dalam peringkat kumpulan. Juga sama untuk setiap pasukan. Daripada jumlah tersebut, 2 perlawanan dimainkan di Home dan 2 perlawanan di Away.
- Myanmar vs Malaysia (A) – 25 Julai 2026 (Sabtu)
- Malaysia vs Laos (H) – 28 Julai 2026 (Selasa)
- Thailand vs Malaysia (A) – 1 Ogos 2026 (Sabtu)
- Malaysia vs Filipina (H) – 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Untuk edisi kali ini, Stadium Kuala Lumpur Cheras menjadi Home bagi skuad Harimau Malaya.
Siaran Langsung ASEAN Hyundai Cup 2026
Jadi jika tiada tayangan siaran langsung di kaca untuk kejohanan kali ini, macam mana peminat-peminat bola sepak ingin mengikuti perkembangan pasukan negara terutamanya untuk menongon perlawanan?
RTM tiada, di Astro pun tiada tayangan.
Sebagai alternatif, orang ramai di Malaysia yang ingin menyaksikan perlawanan penuh bagi kejohanan Piala AFF ini adalah secara live streaming di beberapa platform yang tersedia.
Anda boleh strim di Youtube ASEAN Football iaitu di ASEAN United FC. Walaupun begitu, anda perlu sambungkan atau menggunakan VPN. Anda boleh gunakan mana-mana sahaja yang percuma. Sebagai cadangan, boleh gunakan apps Proton VPN.
Selain itu, anda juga boleh live streaming di portal RCTi+ – TV Online Indonesia secara percuma menerusi laman web di https://www.rctiplus.com/ atau boleh download aplikasi mobile di App Store atau Play Store.








1 thought on “Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia Di Kejohanan Piala AFF 2026 (ASEAN Hyundai Cup)”