Jadual Australia Open 2025 – Keputusan & Siaran Langsung

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
australia open

Selesai di Jepun, kejohanan badminton diteruskan lagi menerusi Australia Open 2025 yang mana akan berlangsung dari 18 – 23 November 2025 bertempat di State Sports Centre, Sydney Australia. Kini pemain bergerak ke bumi Kangaroo pula.

Juga dikenali dengan Sathio Group Australia Open 2025, kejohanan ini merupakan acara Super 500. Ianya merupakan kejohanan ke-36 dalam kalendar HSBC BWF World Tour 2025 selepas Japan Masters sebelum ini.

Kejohanan badminton Terbuka Australia 2025 ini menawarkan mata rinking yang sederhana, tetapi masih tinggi, disamping hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 475,000 atau sekitar hampir RM2 juta.

Kejohanan : Sathio Group Australia Open 2025
Level : Super 500
Tarikh : 18 – 23 November 2025
Venue : State Sports Centre Sydney
Hadiah : USD 475,000 (~RM2 Juta)

Berikut merupakan mata yang diperoleh hasil daripada kemenangan beserta hadiah wang tunai yang dibawa pulang dari kejohanan ini.

  • 9,200 mata bagi juara dan 7,800 untuk naib juara bagi setiap kategori
  • Juara bagi kategori perseorangan akan bawa pulang $35,625. Manakala kategori beregu akan peroleh $37,525.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Terbuka Australia Open 2025

Kerana kejohanan ditahap sederhana ini, ramai wakil negara layak untuk bermain dalam Australia Open kali ini. Berikut merupakan senarai pemain yang tersenarai sama ada dibawah naungan BAM atau pemain profesional negara.

Perseorangan LelakiLee Zii Jia, Soong Joo Ven, Teh Jin Hong, Chok Kwn Wei Keane
Perseorangan WanitaKarupathevan Letshanaa, Wong Ling Ching
Beregu LelakiKang Khai Xing/Aaron Tai, Choong Hon Jian/Muhammad Haikal, Nur Mohd Azriyn/Tan Wee Kiong, Chook Ken Wei/Andy Yew Tung Kok, Junaidi Arif/Roy King Yap
Beregu WanitaLai Pei Jing/Lim Chiew Sien,
Beregu CampuranHoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Choong Hon Jian/Go Pei Kee, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Roy King Yap/Valeree Siow

Siaran Langsung Australia Open 2025 (Live Streaming)

Peminat badminton sekali lagi boleh meyaksikan perlawanan badminton secara langsung di kaca tv. Ianya akan disiarkan menerusi saluran Astro Badminton (815) atau boleh juga live streaming di platform Sooka.

Meskipun ada tayangan siaran langsung, ianya hanya akan bermula pada Pusingan 16 (Round of 16) iaitu pada 20 November nanti. Tapi sekiranya anda ingin menonton dari pusingan awal, boleh strim di laman youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/c/bwftv.

Jadual & Keputusan Badminton Australia Open 2025

Kejohanan badminton Terbuka Australia 2025 akan bermula daripada peringkat kelayakan. Pemain yang berjaya, akan mara ke pusingan awal iaitu di pusingan 32. Mana yang tewas, akan pulang.

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan pemain-pemain negara sahaja. Manakala keputusan badminton Australia Open 2025 pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas selesai perlawanan.

Separuh Akhir

22 November 2025 (Sabtu) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 10.00 pagi (MYT)

[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Raymond Indra/Nikolaus Joaquin (IND)2121
Goh Sze Fei [2]/Nur Izzuddin (MAS)1515
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Chen Tang Jie [1]/ Toh Ee Wei (MAS)2121
P Teeraratsakul/S Taerattanachai (THA)1614

Final

23 November 2025 (Ahad) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 11.00 pagi (MYT) mengikut giliran.

[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
F D Kusuma/M T Puspitasari (INA)211921
R L Rose/F Setianingrum (INA)182123
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Fajar Alfian [5]/M S Fikri (INA)202118
Raymond Indra/Nikolaus Joaquin (INA)221021
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Yushi Tanaka (JPN)1511
Lakshya Sen [7] (IND)2121
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Chen Tang Jie [1]/Toh Ee Wei (MAS)2121
J Hidayatullah/F A N Pasaribu [2] (INA)1611
[WS] Perserongan WanitaSet 1Set 2Set 3
An Se Young [1] (KOR)2121
Putri Kusuma Wardani [2] (INA)1614

Sekiranya anda ingin dapatkan keputusan badminton Australia Open 2025 bagi perlawanan-perlawanan lain, anda boleh layari laman web BWF di https://bwf.tournamentsoftware.com/. Jangan lupa untuk saksikan Australia Open 2025 live di Astro.

You Might Also Like

2 thoughts on “Jadual Australia Open 2025 – Keputusan & Siaran Langsung”

Leave a Comment