Siaran Langsung Final Kejuaraan Dunia 2025 Badminton (2 Wakil Negara)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
final kejuaraan dunia bwf 2025

Acara Kejuaraan Dunia BWF 2025 kini sudah sampai ke pentas final. Sekali lagi menentukan pemain badminton manakah yang akan bergelar juara dunia untuk tahun 2025.

Pentas akhir kini dibuka. Final BWF World Championships 2025 berlangsung pada 31 Ogos 2025, hari Ahad bermula pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia di venue yang sama Adidas Arena, Paris, Perancis.

BACA JUGA : Jadual Penuh Kejuaraan Dunia 2025

Lebih manis kali ini apabila terdapat 2 wakil Malaysia bakal berentap di pentas final Kejuaraan Dunia 2025 iaitu menerusi beregu wanita dan beregu campuran.

Gandingan Pearly Tan/M Thinaah berjaya menundukkan gandingan no. 1 Jepun iaitu Nami Matsuyama/Chiharu Shida dalam rubber set 21-13, 13-21, 12-21.

Meskipun tumpas pada set pertama, mereka bangkit mencari strategi terbaik di set kedua dan seterusnya terus membara di set penentuan, sekali gus meraih kemenangan selepas 1 jam 8 mini bertarung. Sejarah tercipta apabila wakil negara pertama di pentas final Kejuaraan Dunia dalam kategori beregu wanita.

final regu wanita kejuaraan dunia bwf 2025

Satu lagi wakil negara iaitu gandingan Chen Tang Jie/Toh Ee Wei juga menjadi lipatan sejarah apabila kali pertama berjaya mara ke pentas akhir Kejuaraan Dunia untuk beregu campuran.

Mereka menang keatas wakil tuan rumah Thom Gizquel/Delphine Delrue dalam straight set 21-18, 21-16 dalam tempoh 53 minit sahaja.

final regu campuran kejuaraan dunia bwf 2025

PearThin akan bertemu pilihan pertama kejohanan daripada China iaitu Liu Sheng Shu/Tan Ning. Manakala The Little Gangster akan berdepan dengan pilihan kedua kejohanan dari China iaitu Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin.

Jadual Siaran Langsung Final Kejuaraan Dunia 2025

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi final bagi semua kategori dalam Kejuaraan Dunia 2025 siaran langsung di Astro Arena 2 (802) dan Astro Badminton (815) serta live streaming di Sooka dan Astro Go.

Selain itu, terdapat juga tayangan live di saluran RTM menerusi TV Okey serta tontonan secara online di RTM Klik secara percuma. Perlawanan akan bermula pada jam 7.00 malam mengikut giliran.

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 2
Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS)2121
Jiang Zhen Bang [2]/Wei Ya Xin (CHN)1514

*Regu campuran negara, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei muncul juara sekali gus dinobatkan sebagai Juara Dunia Badminton bagi kategori Beregu Campuran

[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 2
Chen Yu Fei [4] (CHN)913
Akane Yamaguchi [5] (JPN)2121
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 2
Liu Sheng Shu [1]/Tan Ning (CHN)212021
Pearly Tan [2]/Thinaah M (MAS)142217

*Regu Wanita negara, Pearly Tan/M Thinaah muncul naib juara dunia 2025

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 2
Shi Yu Qi [1] (CHN)192121
Kunlavut Vitidsarn [3] (THA)211018
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 2
Kim Won Ho [1]/Seo Seung Jae (KOR)2121
Chen Bo Yang [11]/Liu Yi (CHN)1712

You Might Also Like

Leave a Comment