Aksi final Piala FA 2025 JDT vs Sabah menjadi perhatian besar peminat bola sepak tempatan apabila dua pasukan ini bertembung di pentas akhir edisi Piala FA yang ke-35.
Perlawanan berprestij ini akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025, dengan sepak mula tepat jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Aksi Final Piala FA 2025 Antara JDT vs Sabah
Final Piala FA 2025 ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) turun sebagai pasukan pilihan berdasarkan rekod dan prestasi semasa.
Ini merupakan penampilan keenam JDT di final Piala FA, dengan empat kejuaraan telah diraih sebelum ini pada tahun 2016, 2022, 2023 dan 2024.
Sekiranya JDT berjaya menang, mereka akan mencipta sejarah dengan mengekalkan kejuaraan Piala FA untuk empat edisi berturut-turut.
Bagi Sabah pula, kemunculan di final kali ini amat bermakna selepas penantian panjang. Sabah hanya pernah menjuarai Piala FA sekali pada tahun 1995, iaitu 30 tahun lalu.
Kali terakhir Sabah berada di final adalah pada tahun 1998, juga bertemu pasukan Johor, namun tewas 0-1 dan sekadar bergelar Naib Juara.

Dari segi rekod pertemuan, lima aksi terakhir menyaksikan Sabah tewas kepada JDT dengan margin sekurang-kurangnya tiga gol. Malah, pertemuan terakhir dalam Liga Super pada September lalu menyaksikan Sabah dibolosi lapan gol tanpa balas.
Selain trofi, pemenang final Piala FA 2025 ini akan meraih slot ke AFC Champions League Two (ACL Two). Persoalannya, mampukah Sabah mencipta kejutan di pentas final, atau JDT terus mengukuhkan dominasi mereka?
Bagi yang ingin menonton, siaran langsung JDT vs Sabah boleh diikuti menerusi Astro Arena Bola (803) dan TV Okey (RTM). Peminat juga boleh menonton secara live streaming di Sooka serta RTM Klik secara percuma.
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (5) – (0) Sabah
- Jonathan Silva 8′
- Rawilson Batuil (OG) 20′
- Jairo da Silva 23′
- Oscar Arribas 64′
- Manuel Hidalgo 90+2′
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Arena Bola, TV Okey
Live Streaming : Sooka, RTM Klik






