Siaran Langsung (Live Streaming) Final Korea Masters 2025 – Pemain Malaysia

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
korea masters pemain malaysia

Pasangan beregu profesional campuran negara, Jimmy Wong dan Lai Pei Jing, kini berada di ambang sejarah selepas melangkah bergaya ke final Korea Masters 2025.

Kejohanan yang berlangsung di Wonkwang University Cultural & Sports Center, Iksan, Korea Selatan ini menjadi pentas terbaik buat mereka untuk menamatkan penantian panjang memburu gelaran pertama bersama.

Menang Bergaya di Separuh Akhir

Dalam aksi separuh akhir semalam, Jimmy dan Pei Jing menunjukkan semangat juang luar biasa apabila menewaskan pasangan tuan rumah, An Yun-seong / Lee Yu-lim, dalam pertarungan tiga set yang sengit.

Pasangan negara bermula cemerlang dengan kemenangan 21–14 pada set pertama, namun dikejutkan dengan kebangkitan lawan yang menang 21–19 di set kedua.

Tidak goyah, Jimmy dan Pei Jing kembali bangkit di set penentuan untuk memastikan kemenangan 21–15, sekaligus mengesahkan slot ke final.

Kemenangan itu menjadi bukti kematangan dan keserasian mereka di gelanggang, selain memperlihatkan kemampuan untuk mengawal tekanan biarpun beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.

Lawan di Final

Di pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad, 9 November 2025, pasangan negara itu akan berdepan gandingan pilihan tuan rumah, Kim Jae-hyeon / Jeong Na-eun, yang turut mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan.

Jeong Na-eun, yang terkenal dengan kawalan jaring dan ketangkasan bertahan, pasti menjadi cabaran besar buat Pei Jing, manakala Kim Jae-hyeon memiliki smash tajam yang sering menjadi senjata utama mereka.

Walaupun berdepan cabaran sukar, Jimmy dan Pei Jing dilihat berada dalam prestasi terbaik mereka sepanjang minggu ini, dan keyakinan tinggi selepas kemenangan separuh akhir memberi harapan besar untuk membawa pulang kejuaraan.

Siaran Langsung Korea Masters 2025 – Live Streaming

Aksi final Korea Masters 2025 akan disiarkan secara langsung bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia di saluran Astro Badminton, saluran 815.

Selain itu, para peminat badminton tanah air juga boleh menyaksikan aksi final ini secara live streaming di Astro Go dan Sooka.

Harapan & Makna Ke Final Ini

Final kali ini bukan sekadar perlawanan biasa buat Jimmy dan Pei Jing. Ia membawa makna yang lebih besar dimana berpeluang untuk menamatkan penantian panjang mereka.

Sejak digandingkan, pasangan ini telah enam kali mara ke final kejohanan antarabangsa, namun belum pernah menjulang trofi juara.

Kali ini, dengan momentum yang kukuh dan rentak permainan yang semakin mantap, mereka dilihat lebih bersedia dari segi fizikal mahupun mental.

Semangat Malaysia di Korea

Kejayaan mereka mara ke final Korea Masters bukan sahaja membanggakan diri sendiri, tetapi juga menjadi kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam arena badminton dunia yang semakin kompetitif, pencapaian ini membuktikan bahawa Malaysia masih memiliki bakat besar yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Walaupun pasangan Korea bakal mendapat sokongan padu di gelanggang sendiri, semangat juang dan tekad pasangan Malaysia ini pastinya tidak mudah digugat.

Jadual Final Korea Masters 2025

Berikut merupakan jadual penuh bagi aksi final Korea Masters 2025 bagi setiap kategori :

[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Chiu Pin Chian [1] (TPE)2121
Nguyen Thuy Linh [2] (VIE)1615
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Jimmy Wong [3]/Lai Pei Jing (MAS)2218
Kim Jae Hyeon [8]/Jeong Na Eun (KOR)2421
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Jia Heng Jason Teh [1] (SGP)2121
Yudai Okimoto (JPN)1415
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Lee Jongmin/Wang Chan (KOR)162121
Raymond Indra [6]/Nikolaus Joaquin (INA)21166
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Hinata Suzuki [6]/Nao Yamakita (JPN)2125
Kim So Yeong/Lee Seo Jin (KOR)1823

You Might Also Like

Leave a Comment