Senarai Penjaring Gol Liga Super 2024/2025 (Top Scorer & Assist)

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
senarai penjaring gol liga super

Selain daripada melihat setiap perlawanan yang berlangsung, pasti ramai yang ingin tahu pemain yang berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol Liga Super untuk musim 2024/2025.

Saingan Liga Super telah bermula sejak Mei 2024 dan seperi dijadualkan akan berakhir pada Mei 2025. Pada musim kali ini, hanya terdapat 13 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam saingan liga berbanding 14 pada musim 2023.

Daripada pasukan-pasukan tersebut, terdapat 156 perlawanan secara keseluruhan. Seperti format liga kebiasaan dimana ianya akan dimainkan secara dua pusingan iaitu home away untuk setiap pasukan.

Pada musim kali ini, kita dapat saksikan pelbagai pemain keluar masuk bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi setiap perlawanan terutamanya dalam saingan Liga Super yang kini semakin hebat.

Untuk rekod, pada tahun musim 2023, Ayron Del Valle dari Selangor telah dinobatkan secara penjaring terbanyak liga dengan jumlah 23 gol, sekali gus merangkul gelaran kasut emas. Ianya diikuti dengan Bergson (JDT) dan Forestieri (JDT) masing-masing dengan 21 dan 19 jaringan gol.

Manakala Faisal Halim dan Arif Aiman masing-masing menjadi penjaring gol terbanyak bagi pemain tempatan iaitu sebanyak 12 gol. Siapakah pula yang bakal tersenarai dalam penjaring gol Liga Super untuk musim kali ini agaknya?

Senarai Penjaring Gol Liga Super Untuk Musim 2024/2025

Berikut merupakan senarai penjaring gol Liga Super 2024/2025 yang menjadi antara top scorer. Disenaraikan 10 teratas bersama senarai bantuan jaringan (assist).

Penjaring Gol

  1. Bergson da Silva (JDT) – 32 gol
  2. Paulo Josue (KL City) – 16 gol
  3. Jordan Mintah (Kuching City) – 12 gol
  4. Luciano Guaycochea (Perak) – 11 gol
  5. Redrigo Dias (PDRM) – 10 gol
  6. Ronnie Fernández (Selangor) – 10 gol
  7. Romel Morales (JDT) – 10 gol
  8. Alvin Fortest (Selangor) – 9 gol
  9. Clayton (Perak) – 8 gol
  10. Ifedayo Omosuyi (PDRM) – 8 gol

Senarai Assist

  1. Juan Muniz (JDT) – 8 assist
  2. Arif Aiman (JDT) – 7 assist
  3. Bergson da Silva (JDT) – 7 assist
  4. Heberty Fernandes (JDT) – 7 assist
  5. Dylan Christopher (Penang) – 5 assist
  6. Muhammad Azfar (Perak) – 5 assist
  7. Quentin Cheng (Selangor) – 5 assist
  8. Stuart Wilkin (Sabah) – 5 assist
  9. Takumi Sasaski (Negeri Sembilan) – 5 assist
  10. Sergio Aguero (Sri Pahang) – 4 assist

Senarai penjaring gol Liga Super atau top scorer dan top assist seperti diatas sehingga perlawanan ke-24.

Sumber : Malaysian Football League (MFL)

You Might Also Like

Leave a Comment