Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Perak Liga Super 2024

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
selangor vs perak

Hujung minggu anda akan disajikan dengan beberapa perlawanan Liga Super musim 2024/205 dan antaranya pertemuan Selangor vs Perak.

Pertembungan seteru utama ini akan berlangsung pada 23 Jun 2024, iaitu hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang.

Pastinya penyokong bagi kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menyaksikan aksi ini apabila masing-masing mempunyai sejarah pertembungan tersendiri.

Kedua-Dua Mencari Kemenangan Dalam Perlawanan Ini

Nidzam Jamil sebagai Ketua Jurulatih pastinya ingin anak-anak buahnya memberikan yang terbaik ketika menentang Perak bagi mencari kemenangan ketiga berturut-turut.

Manakala lawanya, Perak juga inginkan kemenangan apabila dibekalkan semangat yang hadir pada perlawanan sebelumnya apabila berjaya mencatat kemenangan pertama ketika menentang Kedah dalam saingan liga.

Akan tetapi, tidak boleh dinafikan Selangor kini berada dalam keadaan yang baik. Ditambah pula dengan bermain di halaman sendiri bersama ribuan penyokong yang hadir.

Mana yang beli sempat dapatkan tiket masuk stadium, anda boleh mula dapatkan sekarang dengan layari laman web https://www.tickethotline.com.my/.

Siaran Langsung Selangor vs Perak (Live Streaming)

Untuk yang tidak datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan antara Selangor vs Perak di kaca tv juga yang dibawakan secara langsung.

Anda boleh tonton di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Manakala untuk tontonan secara live streaming, boleh menggunakan RTM Klik secara percuma sahaja.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara Selangor vs Perak dalam saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu keempat (LS4) seperti yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun ini.

FT : Selangor (2) – (1) Perak

  • Ronie Fernandez 24′, 40′
  • Fikri Azhar 79′

Waktu : 5.30 petang
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

You Might Also Like