Saingan Piala FA 2025 akan bermula dengan penuh debaran apabila pertemuan UM Damansara vs JDT menjadi antara aksi tumpuan pada hari pertama kejohanan.
Perlawanan ini adalah aksi kedua pada hari pembukaan dan berlangsung di peringkat 16 terbaik pusingan pertama.
Mengikut jadual asal, UM Damansara United sepatutnya beraksi di gelanggang sendiri. Namun, faktor padang yang tidak memenuhi syarat perlawanan membuatkan venue terpaksa ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Situasi ini menjadikan SSI sebagai ‘home’ untuk UM Damansara, walaupun ia sebenarnya merupakan kubu kuat JDT.
Pusingan timbal balik kedua Piala FA akan dilangsungkan pada 12 September 2025, dan menariknya ia juga akan berlangsung di stadium yang sama. Bezanya, pada ketika itu giliran JDT pula menjadi tuan rumah rasmi.

Contents
Prestasi Terkini Pasukan
UM Damansara, wakil Liga A1 Semi Pro, memulakan kempen liga dengan keputusan bercampur – satu kemenangan dan satu kekalahan daripada dua perlawanan. Walaupun belum berada pada prestasi konsisten, mereka tetap menjadi pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.
Sebaliknya, JDT, pasukan elit Liga Super, menampilkan permulaan sempurna musim ini dengan dua kemenangan berturut-turut. Dengan barisan pemain yang berpengalaman, mereka sudah pasti turun dengan misi memastikan laluan mudah ke pusingan seterusnya.
Sebelum ini, UM Damansara pernah menentang JDT II dan tewas. Kini, cabaran lebih besar menanti apabila berdepan pasukan utama Harimau Selatan dalam saingan Piala FA 2025.
Siaran Langsung UM Damansara vs JDT
Bagi penyokong yang ingin mengikuti aksi ini, perlawanan UM Damansara vs JDT dalam aksi Piala FA akan berlangsung pada Sabtu, 16 Ogos 2025, jam 8.15 malam di Stadium Sultan Ibrahim.
Liputan langsung boleh ditonton menerusi Astro Arena Bola 2 (804). Pilihan live streaming dalam talian pula tersedia melalui Astro Go dan Sooka, membolehkan penonton menyaksikan perlawanan di mana sahaja.
Perlawanan Yang Dinantikan
Pertemuan UM Damansara vs JDT bukan sahaja menguji kemampuan wakil Liga A1 Semi Pro menentang pasukan gergasi tempatan, malah menjadi peluang untuk melihat sejauh mana mereka mampu memberi saingan.
Dengan venue yang memihak kepada JDT dari segi suasana, UM Damansara perlu tampil dengan strategi terbaik untuk mengelak keputusan berat sebelah.
Bagi peminat bola tempatan, inilah peluang untuk menyaksikan pertembungan dua dunia bola sepak Malaysia iaitu antara semi pro dan profesional yang dijangka penuh dengan aksi menarik dan mendebarkan.
Keputusan Perlawanan
UM Damansara vs JDT
Waktu : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 2
Live Streaming : Sooka