Undian Piala ASEAN FIFA 2026 Bagi Peringkat Kumpulan

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
piala asean fifa 2026

Indonesia dipilih sebagai negara penganjur bagi Divisyen 1 dalam edisi sulung Piala ASEAN FIFA 2026, manakala Hong Kong, China pula akan menjadi lokasi berlangsungnya saingan Divisyen 2.

Kejohanan yang dikenali sebagai Piala ASEAN FIFA 2026 (FIFA ASEAN Cup) itu dijadualkan berlangsung sepanjang kalendar rehat antarabangsa FIFA pada September dan Oktober 2026, bermula 24 September sehingga 3 Oktober 2026.

Pengumuman mengenai penganjuran kejohanan baharu ini dibuat oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Menurut Infantino, kejohanan tersebut diharap mampu membawa nafas baharu kepada perkembangan bola sepak di rantau ASEAN, selain menjadi lambang perpaduan negara-negara di rantau ini yang disatukan menerusi sukan bola sepak di bawah satu bendera.

Undian Peringkat Kumpulan Bagi Piala ASEAN FIFA 2026

Malaysia dan Indonesia sekali lagi akan bertemu di pentas antarabangsa apabila kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan yang sama bagi saingan Piala ASEAN FIFA 2026 menerusi kategori Divisyen 1.

Menerusi perkongsian rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Facebook, Malaysia dan Indonesia telah diundi menghuni Kumpulan A bersama Singapura serta India. Sementara itu, Kumpulan B dibarisi Vietnam, Thailand, Filipina dan Pakistan.

Dalam Divisyen 2 pula, Hong Kong berada dalam Kumpulan A bersama Myanmar dan Brunei, manakala Kumpulan B menampilkan Kemboja, Laos serta Timor-Leste.

undian peringkat kumpulan piala asean fifa 2026

Format Pertandingan

Kedua-dua divisyen akan menggunakan format liga pusingan sebagai sistem pertandingan. Bagi Divisyen 1, setiap pasukan akan mengharungi tiga perlawanan pada peringkat kumpulan. Juara Kumpulan A dan Juara Kumpulan B akan beraksi dalam perlawanan akhir, manakala pasukan yang menamatkan saingan di tangga kedua, ketiga dan keempat dalam setiap kumpulan akan bertemu bagi menentukan kedudukan akhir.

Format yang sama turut digunakan dalam Divisyen 2, namun setiap pasukan hanya akan bermain dua perlawanan di peringkat kumpulan sebelum mara ke aksi final serta perlawanan penentuan ranking.

Untuk info, kejohanan Piala ASEAN FIFA ini berlainan dengan Piala ASEAN Hyundai (Piala AFF) yang sedang berlangsung kini.

You Might Also Like

Leave a Comment