Siaran Langsung Argentina vs Algeria Piala Dunia FIFA 2026 (Live Streaming)

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
argentina vs algeria 2026

Siaran langsung perlawanan Argentina vs Algeria pada Rabu ini.

Lionel Messi bersama Argentina, selaku juara bertahan Piala Dunia, berhasrat memulakan kempen kejohanan kali ini dengan lebih meyakinkan berbanding edisi terdahulu.

Bukan itu sahaja, anak-anak buah Lionel Scaloni pastinya ingin mengekalkan pengakhiran yang gemilang sama seperti edisi sebelumnya.

Misi itu akan bermula pada Rabu ini bertempat di Kansas City apabila mereka berdepan cabaran getir daripada Algeria yang terkenal sebagai pasukan berbahaya.

Pada Piala Dunia 2022, Argentina akhirnya muncul sebagai juara walaupun langkah pertama mereka dicemari kekalahan mengejut 2-1 kepada Arab Saudi di Stadium Lusail, Qatar.

Sementara itu, Algeria kembali beraksi di pentas Piala Dunia selepas gagal melayakkan diri pada edisi 2018 dan 2022.

Pasukan tersebut pernah mencuri tumpuan pada kejohanan 2014 di Brazil apabila berjaya mara hingga ke pusingan 16 terbaik, sekali gus muncul sebagai antara pasukan pilihan ramai ketika itu.

Siaran Langsung Argentina vs Algeria

Jangan lupa saksikan aksi pembukan Kumpulan J dimana mempertemukan Argentina vs Algeria pada 17 Jun 2026, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia.

Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Sukan RTM di MYTV atau live streaming yang disediakan secara percuma di platform RTM Klik.

Selain itu, untuk pengguna Unifi TV, anda boleh tonton menerusi saluran 1 Unifi FIFA World Cup 2026.

Tarikh : 17 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Venue : Arrowhead Stadium, Kansas City
Saluran TV : Sukan+ di MYTV
Live Streaming : RTM Klik & Unifi TV

You Might Also Like

Leave a Comment