Info Siaran Langsung France vs Senegal Piala Dunia 2026 (Live Streaming)

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
france vs senegal piala dunia fifa 2026

Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 antara France vs Senegal pada pagi Rabu ini dijangka berlangsung dalam suasana penuh sengit apabila dua pasukan berprofil tinggi itu memulakan kempen masing-masing.

France atau Perancis hadir sebagai antara pilihan utama untuk menjulang trofi, manakala Senegal mewakili kekuatan besar benua Afrika yang tidak boleh dipandang rendah.

Aksi berintensiti tinggi ini akan berlangsung di Stadium MetLife, New Jersey. Jika di USA, pertembungan tersebut dijadualkan pada waktu petang ketika cuaca berada pada tahap paling panas, sekali gus dijangka menambahkan lagi cabaran buat kedua-dua pasukan.

BACA JUGA : Jadual Piala Dunia FIFA 2026 Waktu Malaysia

Bagi Senegal, pastinya sejarah yang paling manis dikecapi ketika melakar kejutan pada Piala Dunia 2002 di Seoul. Ketika itu, jaringan tunggal Papa Bouba Diop membolehkan Senegal menewaskan France 1-0 dalam satu keputusan yang masih dikenang sebagai antara kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan tersebut.

Berdasarkan ranking terkini FIFA, Perancis kini menghuni tangga kedua dunia, manakala Senegal berada di kedudukan ke-16, sekali gus menggambarkan jurang kecil antara dua pasukan yang bakal berentap dalam aksi pembukaan yang dinanti-nantikan ini.

Siaran Langsung France vs Senegal Piala Dunia FIFA 2026 – Live Streaming

Untuk penonton di Malaysia, jangan lupa saksikan perlawanan antara France vs Senegal yang akan ditayangkan secara langsung pada 17 Jun 2026, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 3.00 pagi.

Anda boleh saksikan menerusi saluran Sukan+ di MYTV untuk tonton tv secara percuma atau live streaming di RTM Klik. Juga tersedia di saluran 1 Unifi TV FIFA World Cup 2026.

Tarikh : 17 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 3.00 Pagi
Venue : MetLife Stadium, New Jersey
Saluran TV : Sukan+ di MYTV
Live Streaming : RTM Klik & Unifi TV

You Might Also Like

Leave a Comment