Ramai penonton yang menyaksikan Piala Dunia FIFA tertanya-tanya tentang penggunaan kod tiga huruf atau nama singkatan yang dipaparkan di score board pada skrin ketika perlawanan siarang langsung.
Kekeliruan ini timbul apabila singkatan tersebut tidak sepadan dengan ejaan nama negara dalam bahasa melayu mahupun bahasa Inggeris yang lebih biasa digunakan secara global.
Contohnya, kod seperti “SUI” merujuk kepada Switzerland manakala “MAR” digunakan untuk Morocco. Ada juga keliru tentang huruf “K” pada “KSA” yang merujuk kepada Saudi Arabia. Mana pula datang huruf “K” tersebut?
View on Threads
Perbezaan ini mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang ingin mengetahui asas pemilihan singkatan berkenaan dan sebab ia tidak mengikut nama negara dalam bahasa Inggeris.
Contents
Kenapa Ia Penting?
Piala Dunia FIFA khususnya menghimpunkan pasukan kebangsaan bola sepak dari pelbagai negara di seluruh dunia dalam satu kejohanan yang sama.
Bagi memastikan paparan keputusan dan siaran perlawanan menggunakan format yang seragam, FIFA menetapkan penggunaan kod negara tiga huruf yang standard untuk semua pasukan yang bertanding.
Pendekatan ini membantu bagi menyeragamkan score board, grafik siaran dan pelbagai bahan rasmi sepanjang kejohanan berlangsung, tanpa mengira bahasa atau ejaan nama sesebuah negara yang digunakan di peringkat antarabangsa.
Namun, bagi penonton baru atau mereka yang sekadar mengikuti Piala Dunia secara santai, penggunaan singkatan tersebut mungkin menimbulkan kekeliruan. Adakah sebenarnya ianya bukan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa asas?
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Singkatan Nama Pasukan Piala Dunia
Singkatan nama atau Kod negara yang digunakan FIFA berpandukan amalan standard dalam sukan antarabangsa dan lazimnya diambil daripada nama rasmi atau nama yang digunakan secara meluas dalam bahasa tertentu bagi sesebuah negara.
Atas sebab itu, terdapat beberapa singkatan yang berpandukan ejaan bahasa Perancis, khususnya bagi negara yang mengiktiraf bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi.
Sebagai contoh, Switzerland menggunakan kod “SUI” yang merujuk kepada Suisse, Morocco pula menggunakan “MAR” daripada Maroc, manakala Ivory Coast dikenali dengan kod “CIV” yang berasal daripada Côte d’Ivoire.
Terdapat juga kod yang diambil daripada nama negara dalam bahasa ibunda masing-masing.
Sepanyol, misalnya, menggunakan singkatan “ESP” yang berasal daripada nama Sepanyol nya iaitu España. Belanda pula menggunakan kod “NED” berdasarkan nama dalam bahasa Belanda, iaitu Nederland.
Dalam keadaan tertentu, FIFA turut menggunakan singkatan yang lebih dikenali dalam bahasa Inggeris. Jerman merupakan antara contohnya apabila negara itu menggunakan kod “GER” dan bukannya singkatan yang berasaskan nama asalnya, Deutschland.
Selain itu, ada juga kod yang dibentuk berdasarkan nama rasmi sesebuah negara. Arab Saudi menggunakan “KSA” yang merujuk kepada Kingdom of Saudi Arabia, manakala Afrika Selatan memakai “RSA” sebagai singkatan kepada Republic of South Africa.
Untuk negara kita Malaysia, kod 3-huruf FIFA adalah “MAS”.
Secara keseluruhannya, sistem kod atau singkatan nama yang digunakan FIFA hampir sama seperti yang digunakan untuk sukan antarabangsa lain termasuk Sukan Olimpik.
Senarai Penuh Kod 3-Huruf Atau Singkatan Nama Bagi Pasukan Piala Dunia FIFA 2026
- Algeria (ALG)
- Argentina (ARG)
- Australia (AUS)
- Austria (AUT)
- Belgium (BEL)
- Bosnia and Herzegovina (BIH)
- Brazil (BRA)
- Cabo Verde (CPV)
- Canada (CAN)
- Colombia (COL)
- Croatia (CRO)
- Curaçao (CUW)
- Czechia (CZE)
- DR Congo (COD)
- Ecuador (ECU)
- Egypt (EGY)
- England (ENG)
- France (FRA)
- Germany (GER)
- Ghana (GHA)
- Haiti (HAI)
- Iran (IRN)
- Iraq (IRQ)
- Ivory Coast (CIV)
- Japan (JPN)
- Jordan (JOR)
- Mexico (MEX)
- Morocco (MAR)
- Netherlands (NED)
- New Zealand (NZL)
- Norway (NOR)
- Panama (PAN)
- Paraguay (PAR)
- Portugal (POR)
- Qatar (QAT)
- Saudi Arabia (KSA)
- Scotland (SCO)
- Senegal (SEN)
- South Africa (RSA)
- South Korea (KOR)
- Spain (ESP)
- Sweden (SWE)
- Switzerland (SUI)
- Tunisia (TUN)
- Turkey (TUR)
- United States (USA)
- Uruguay (URU)
- Uzbekistan (UZB)

Setiap kali perlawanan yang berlangsung dalam kejohanan Piala Dunia untuk musim kali ini, semuanya akan menggunakan nama singkatan atau kod FIFA ini. Jadi boleh simpan untuk dijadikan sebagai rujukan.






