Acara badminton dwi-tahunan paling berprestij ini kembali iaitu menerusi kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang mana tahun 2026 ini masing-masing sudah memasuki edisi ke-34 dan ke-31.
Kejohanan ini akan berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei 2026 bertempat di Horsens, Denmark. Kedua-kedua kejohanan ini bakal menentukan pasukan kebangsaan terbaik dalam acara lelaki (Thomas Cup) dan wanita (Uber Cup).
Sebanyak 16 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam kedua-dua acara ini. Malaysia layak secara merit sebagai antara pasukan badminton dengan ranking atau kedudukan tertinggi dalam senarai.
Contents
Piala Thomas Dan Undian Setiap Pasukan
Tidak seperti pada kejohanan Piala Sudirman, untuk Piala Thomas tiada kategori campuran. Ini bermakna akan ada 5 kategori yang dipertandingkan iaitu 3 perseorangan lelaki dan 2 beregu lelaki.

Majlis undian telah diadakan pada 18 Mac yang lepas. Daripada itu, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama juara 2014, Jepun, England dan Finland. Berikut merupakan undian penuh peringkat kumpulan :
- Kumpulan A: China, India, Kanada, Australia
- Kumpulan B: Jepun, Malaysia, England, Finland
- Kumpulan C: Taiwan, Denmark, Korea Selatan, Sweden
- Kumpulan D: Indonesia, Perancis, Thailand, Algeria
Piala Uber Dan Undian Setiap Pasukan
Sama juga seperti format kategori di Piala Thomas dimana Piala Uber juga tiada kategori campuran. Perlawanan hanya melibatkan 3 perseorangan wanita dan 2 beregu wanita.

Tahun 2026 merupakan penglibatan yang ke-15 pasukan Malaysia dalam acara Piala Uber atau Uber Cup. Pasukan wanita negara telah diundi bersama Jepun selaku juara 6 kali, Turkiye dan Afrika Selatan.
- Kumpulan A: China, India, Denmark, Ukraine
- Kumpulan B: Jepun, Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan
- Kumpulan C: Taiwan, Indonesia, Kanada, Australia
- Kumpulan D: Korea Selatan, Thailand, Bulgaria, Sepanyol
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber
Berikut merupakan senarai pemain yang terlibat dalam kedua-dua kejohanan ini iaitu Piala Thomas dan Piala Uber untuk tahun 2026 :

Kemaskini terbaru, Pearly Tan terpaksa menarik diri ekoran kecederaan yang dialami. Tempat beliau kini digalas oleh pemain muda beregu wanita negara, Chong Jie Yu.
Siaran Langsung Piala Thomas Dan Piala Uber 2026
Peminat badminton tanah air pastinya tidak sabar untuk saksikan pemain-pemain badminton handalan dunia beraksi dalam kejohanan Thomas Cup dan Uber Cup kali ini.
Anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey di kaca tv. Manakala untuk tonton live streaming, anda boleh strim di https://rtmklik.rtm.gov.my/ yang mana disediakan 2 saluran khas secara percuma.
Manakala untuk pengguna Astro, anda boleh saksikan di 4 saluran yang disediakan iaitu Astro Arena (801), Astro Arena 2 (802), Astro Badminton (815) dan Astro Badminton 2 (816) serta tersedia secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh langgan dengan harga serendah RM18.40 menerusi platform Sooka yang mana tersedia di laman web https://sooka.my/ atau aplikasi mobile.
Jadual Perlawanan Piala Thomas Dan Piala Uber 2026
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi kedua-dua acara Piala Thomas dan Piala Uber yang hanya melibatkan pasukan Malaysia sahaja. Untuk info penuh, anda boleh layari laman web BWF di https://bwfbadminton.com/bwf-thomas-uber-cup-finals-2026
Piala Thomas
[Peringkat Kumpulan]
24 April 2026 (Jumaat) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- India (4) – (1) Kanada – 2.30 pm
- China (5) – (0) Australia – 2.30 pm
- Perancis (1) – (4) Thailand – 6.00 pm
- Denmark (4) – (1) Korea – 12.30 am
- Indonesia (5) – (0) Algeria – 12.30 am
25 April 2026 (Sabtu) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- Chinese Taipei (5) – (0) Sweden – 2.30 pm
- Malaysia (3) – (2) England – 6.00 pm
- Jepun (5) – (0) Finland – 12.30 am
26 April 2026 (Ahad) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- Indonesia (3) – (2) Thailand
- Denmark (4) – (1) Sweden
- Perancis (5) – (0) Algeria
27 April 2026 (Isnin) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- China (4) – (1) Kanada
- Jepun (5) – (0) England
- Chinese Taipei (2) – (3) Korea
- India (5) – (0) Australia
- Malaysia (4) – (1) Finland
28 April 2026 (Selasa) – Bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia
- Indonesia (1) – (4) Perancis
- Thailand (5) – (0) Algeria
29 April 2026 (Rabu) – Bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia
- China (3) – (2) India
- Jepun (3) – (2) Malaysia
- Kanada (5) – (0) Australia
- Chinese Taipei (3) – (2) Denmark
- Korea (5) – (0) Sweden
- England (4) – (1) Finland
[Suku Akhir]
1 Mei 2026 (Jumaat) – Bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia
- China vs Malaysia – 4.00 pm
- India vs Chinese Taipei – 4.00 pm
- Thailand vs Denmark – 12.00 am
- Perancis vs Jepun – 12.00 am
Piala Uber
[Peringkat Kumpulan]
24 April 2026 (Jumaat) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- China (5) – (0) Ukrain – 2.30 pm
- India (2) – (3) Denmark – 6.00 pm
- Korea (5) – (0) Sepanyol – 6.00 pm
- Thailand (3) – (2) Bulgaria – 12.30 am
25 April 2026 (Sabtu) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- Malaysia (3) – (2) Turkiye – 2.30 p
- Jepun (5) – (0) Afrika Selatan – 2.30 pm
- Indonesia (3) – (2) Kanada – 6.00 pm
- Chinese Taipei (5) – (0) Australia – 6.00 pm
- China (5) – (0) Denmark – 12.30 am
- India (4) – (1) Ukrain – 12.3 30 am
26 April 2026 (Ahad) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- Jepun (4) – (1) Turkiye
- Thailand (5) – (0) Sepanyol
- Korea (5) – (0) Bulgaria
- Chinese Taipei (3) – (2) Kanada
- Malaysia (5) – (0) Afrika Selatan
- Indonesia (5) – (0) Australia
27 April 2026 (Isnin) – Bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia
- Denmark (4) – (1) Ukrain
- Jepun (4) – (1) Malaysia
- China (5) – (0) India
- Turkiye (5) – (0) Afrika Selatan
28 April 2026 (Selasa) – Bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia
- Chinese Taipei (2) – (3) Indonesia
- Bulgaria (3) – (2) Sepanyol
- Kanada (4) – (1) Australia
- Korea (5) – (0) Thailand
[Suku Akhir]
30 April 2026 (Khamis) – Bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia
- China vs Malaysia – 4.00 pm
| [WS1] Perseorangan Wanita 1 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Wang Zhi Yi (CHN) | 21 | 21 | – |
| K Letshanaa (MAS) | 18 | 18 | – |
| [WD] Beregu Wanita 1 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) | |||
| Ong Xin Yee/Carmen Ting (MAS) |
| [WS2] Perseorangan Wanita 2 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Chen Yu Fei (CHN) | |||
| Wong Ling Ching (MAS) |
| [WD2] Beregu Wanita 2 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Jia Yi Fan/Zhang Shu Xian (CHN) | |||
| Low Zi Yu/Noraqilah Maisarah (MAS) |
| [WS3] Perseorangan Wanita 3 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Han Yue (CHN) | |||
| Goh Jin Wei (MAS) |
- Jepun vs Thailand – 4.00 pm
- Denmark vs Indonesia – 12.00 am
- Chinese Taipei vs Korea – 12.00 am






