Liga Super kini berehat sebentar bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa dan antaranya pertemuan Malaysia vs Singapura.
Causeway Derby yang kini sudah memasuki pertemuan kali ke 84 sejak tahun 1948. Perlawanan ini sangat sinonim untuk kedua-dua negara ini terutamanya dalam sukan bola sepak.
Sejak itu juga, Malaysia telah memenangi perlawanan sebanyak 32 kali berbanding Singapura dengan 28 kemenangan. Keputusan seri diraih sebanyak 23 kali. Jadi pertemuan kali ini, pasukan manakah yang bakal memenangi perlawanan ini?
Perlawanan ini berlangsung dalam kalendar FIFA, jadi sebarang kemenangan dan kekalahan akan memperolehi mata dan mungkin akan memberi kesan kepada kedudukan dan ranking FIFA semasa.
Sekiranya Malaysia menang, mereka bakal peroleh +3.86, seri -1.14 atau kalah -6.14. Jadi ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya memperoleh mata dan memperbaiki ranking semasa.

Siaran Langsung Malaysia vs Singapura
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Singapura yang akan berlangsung pada 4 September 2025, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.
Perlawanan ini akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 (802) dan Arena Bola (803) beserta live streaming di Astro Go dan Sooka. Selain itu, orang ramai juga boleh tonton di saluran TVS (TVSarawak) di channel 122 atau secara online di www.mana2.my
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (2) – (1) Singapura
- Stuart Wilkin 27′
- Joao Figueiredo 54′
- Ilhan Fandi 72′
Masa : 9.00 PM
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena 2 & Arena Bola
Live Streaming : Sooka