Siaran Langsung Final Macau Open 2025 (3 Wakil Malaysia) – Keputusan Perlawanan

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
final macau open 2025

Malaysia bakal menyaksikan 3 wakil negara beraksi dalam pentas final Macau Open 2025 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, 3 Ogos 2025 terus dari Macao East Asian Games Dome, Macau.

Selepas mengharungi perlawanan sebelum ini bermula dari pusingan 32, kini mereka bakal merebut gelaran juara. Kemenangan ini pastinya penting bagi memperoleh mata ranking serta dapat bawa pulang hadiah wang tunai.

BACA JUGA : Jadual Dan Keputusan Penuh Macau Open 2025

Pada pusingan separuh akhir, seramai 5 wakil negara yang bermain iaitu menerusi 3 kategori, kecuali perseorangan dan beregu wanita. Tetapi daripada itu, hanya 3 yang tinggal dan meneruskan cabaran untuk 3 kategori juga.

Justin Hoh akan bermain di pusingan akhir Macau Open menentang Alwi Farhan yang juga pilihan ke-5 kejohanan dari Indonesia. Justin berjaya menumpaskan lawan dari India di separuh akhir dengan kemenangan rubber set 19-21, 21-16, 21-16.

final macau open 2025

Gandingan regu profesional negara, Jimmy Wong/Lai Pei Jing menjadi wakil regu campuran yang berjaya mara ke final untuk tahun 2025. Mereka akan bertemu lawan dari Denmark yang menumpaskan ChenToh di semi final iaitu Mathias Christiansen/Alexandra Boje.

Kemenangan JimmyLai bukan biasa-biasa apabila berjaya mengalahkan pilihan ke-6 kejohanan, iaitu gandingan Indonesia, A Syahnawi [6]/Nita V Marwah. Mereka hanya perlukan 43 minit untuk menang straight set 21-18, 21-16.

Satu lagi wakil negara adalah dari kategori regu lelaki menerusi Arif Junaida dan Roy King Yap yang juga pilihan ke-4 kejohonan. Gandingan ini berjaya menumpaskan rakan sepasukan di semi final dengan kemenangan 21-13, 21-15.

Tugas sukar menunggu mereka apabila bertemu pilihan pertama kejohanan yang kini berada di rangking ke-8 dunia, Sabar K Gutama/Moh Reza P Isfahani. Di atas kertas, pastinya gandingan ini mempunyai peluang besar untuk dinobatkan sebagai juara. Tapi pasangan negara pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka nanti.

Siaran Langsung Final Macau Open 2025

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi final Macau Open 2025 pada 3 Ogos ini, bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. Anda boleh saksikan secara langsung menerusi Astro Badminton 815 atau secara live di Sooka.

[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Justin Hoh (MAS)155
Alwi Farhan [5] (INA)2121
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Kaho Osawa [7]/Mai Tanabe (JPN)1812
Hsieh Pei Shan [2]/Hung En Tzu (TPE)2121
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Sabar K Gutama/Moh Reza P Isfahani [1] (INA)2018
Junaidi Arif [4]/Roy King Yap (MAS)2221
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Mathias Christiansen/Alexandra Boje (DEN)2121
Jimmy Wong/Lai Pei Jing (MAS)1316
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Chen Yu Fei [1] (CHN)2121
Line Christophersen (DEN)1717

You Might Also Like

Leave a Comment