Aksi kemuncak yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Final Piala Malaysia 2025 mempertemukan pertembungan klasik antara JDT vs Sri Pahang, sekali gus menjadi penutup rasmi kepada musim Liga Malaysia 2024/2025.
Perlawanan akhir ini dijangka penuh dengan debaran dan semangat luar biasa apabila kedua-dua pasukan bertemu bagi merebut kejuaraan paling berprestij dalam arena bola sepak tempatan.
Contents
JDT vs Sri Pahang Dalam Aksi Final Piala Malaysia 2025
Pertembungan getir ini akan berlangsung pada hari Ahad, 26 April 2025, bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Stadium keramat ini sekali lagi dipilih menjadi medan saksi perlawanan akhir bersejarah antara dua pasukan yang masing-masing dahagakan trofi kejuaraan. Dengan kapasiti puluhan ribu penyokong, suasana dijangka bergema dengan sorakan padu sepanjang 90 minit perlawanan.
Bagi yang tidak berpeluang hadir ke stadium, siaran langsung JDT vs Sri Pahang akan disiarkan di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, TV Okey dan juga Sukan RTM.

Untuk peminat yang lebih gemar menonton secara live streaming, anda boleh menonton melalui platform penstriman Sooka dan RTM Klik secara percuma.
Peluang ini pastinya memberi akses lebih mudah kepada semua peminat bola sepak untuk mengikuti detik-detik mendebarkan dari mana-mana sahaja.
Head-To-Head : JDT vs Sri Pahang
Tahun ini, Piala Malaysia memasuki edisi ke-98, membuktikan betapa kukuhnya tradisi dan keunggulan kejohanan ini dalam sejarah bola sepak negara.
Bagi JDT, ini adalah peluang untuk menambah koleksi kejuaraan mereka, setelah berjaya memenangi trofi ini sebanyak empat kali sebelum ini. Sri Pahang juga bukan calang-calang lawan kerana mereka turut pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali sepanjang sejarah penyertaan mereka.
Pertemuan terakhir antara JDT vs Sri Pahang di pentas final Piala Malaysia berlaku pada edisi 2014, yang mana kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam tempoh masa sebenar.
Perlawanan tersebut akhirnya memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang, dan Sri Pahang berjaya mengungguli dengan kemenangan 5-3. Detik tersebut pastinya masih segar dalam ingatan para penyokong Tok Gajah yang mengimpikan keajaiban serupa berulang di final kali ini.
Sepanjang musim 2024/2025, JDT membuktikan dominasi mereka dengan menjuarai Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia dan Piala FA. Kini mereka mengintai peluang untuk melengkapkan musim sempurna dengan merangkul Piala Malaysia.
Rekod dan prestasi JDT jelas menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang konsisten, kuat dan sukar digugat dalam semua pertandingan domestik. Sebaliknya, Sri Pahang menamatkan musim di tangga kelapan dalam saingan Liga Super, satu kedudukan yang sederhana namun tetap membanggakan kerana berjaya mara ke final kejohanan ini.
Pasukan Manakah Bakal Bergelar Juara Piala Malaysia Edisi 2025
Jika melihat atas kertas, ramai pemerhati bola sepak berpendapat bahawa JDT mempunyai kelebihan besar berbanding Sri Pahang dalam final kali ini. Dengan barisan pemain bertaraf antarabangsa, struktur pasukan yang kukuh serta momentum kemenangan yang konsisten, Harimau Selatan dijangka mampu mengatasi cabaran Tok Gajah.
Namun, sejarah telah membuktikan bahawa dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku. Final 2014 adalah contoh terbaik bagaimana pasukan pilihan juga mampu dikejutkan dalam perlawanan penting.
Persoalannya kini, adakah JDT akan menambah satu lagi kejuaraan dalam koleksi gemilang mereka atau adakah Sri Pahang bakal mencipta kejutan terbesar musim ini?
Jawapannya hanya akan terjawab di padang Bukit Jalil nanti. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan detik bersejarah ini dalam siaran langsung JDT vs Sri Pahang, kerana inilah malam yang akan menentukan siapa raja sebenar Piala Malaysia 2025.
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (2) – (1) Sri Pahang
- T. Saravanan 14′
- Bergson da Silva 53′ (P)
- Arif Aiman 74′
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik
*JDT dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2024/2025