Jadual Denmark Open 2025 – Siaran Langsung, Keputusan & Live Streaming

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
denmark open 2024

Selepa di Finland menerusi Artic Open, kini bersambung pula untuk ke negara seterusnya dan kali ini menerusi Denmark Open 2025. Kejohanan akan bermula dari 14 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di Odense, Denmark

Victor Denmark Open 2025 merupakan kejohana ke-29 dalam kalendar BWF World Tour untuk tahun ini. Ianya merupakan pertandingan Super 750 dimana menawarkan mata ranking yang tinggi disamping hadiah wang tunai berjumlah USD 950,000

Kejohanan : Victor Denmark Open 2025
Level : Super 750
Tarikh : 14 – 19 Oktober 2025
Venue : Arena Fyn, Odense Denmark
Hadiah : USD 950,000 (~RM4.0 Juta)

Untuk Super 750, juara dan naib juara akan peroleh mata mata BWF masing-masing 11,000 dan 9,350. Manakala hadiah wang tunai, juara bawa pulang USD66,500 untuk kategori perseorangan dan USD70,300 untuk kategori beregu.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Terbuka Denmar 2025

Berikut merupakan senarai pemain bagi dibawah naungan BAM atau pemain profesional yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan Denmark Open kali ini.

Perseorangan LelakiLeong Jun Hao
Perseorangan Wanita~ tiada wakil
Beregu LelakiMohd Azriyn/Tan Wee Kiong, Choong Hon Jian/Muhammad Haikal, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Arif Junaidi/Roy King Yap.
Beregu WanitaPearly Tan/Thinaah Muralitharan, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing, Ong Xin Yee/Carmen Ting.
Beregu CampuranChen Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien.

Sebab ini merupakan kejohanan Super 750, jadi tiada perlawanan peringkat kelayakan. Jadi kesemua pemain akan bermula di pusingan pertama di Round of 32.

Siaran Langsung Denmark Open 2025 (Live Streaming)

Jadi jangan terlepas untuk saksikan setiap perlawanan yang disiarkan di kaca tv dalam kejohanan Denmark Open ini secara langsung menerusi Astro Badminton 815 atau boleh juga strim secara online di Sooka.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di laman youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/c/bwftv secara percuma. Penonton di Malaysia mungkin perlukan sambungan VPN untuk mengakses laman tersebut.

Jadual Denmark Open 2025

Setiap pemain akan bermula di pusingan 32 yang berlangsung pada 14 Oktober 2025 (Selasa). Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 3.00 petang waktu Malaysia. Berikut merupakan jadual penuh

  • Pusingan 32 (Hari Pertama) – 14 Oktober 2025
  • Pusingan 32 (Hari Kedua) – 15 Oktober 2025
  • Pusingan 16 – 16 Oktober 2025
  • Suku Akhir – 17 Oktober 2025
  • Separuh Akhir – 18 Oktober 2025
  • Final – 19 Oktober 2025

Bagi anda yang ingin dapatkan keputusan penuh bagi pemain-pemain Malaysia dan perlawanan lain, anda boleh rujuk disini.

You Might Also Like

Leave a Comment